SIARAN MEDIA

MENTERI KEWANGAN MALAYSIA

YB TUAN LIM GUAN ENG

BELANJAWAN 2020: PENERANGAN BAHAWA PENGURANGAN NILAI AMBANG UNTUK PEMILIKAN ASING KONDOMINIUM, DARIPADA RM 1 JUTA KEPADA RM600,000 HANYA BERKUATKUASA UNTUK UNIT SEDIA ADA YANG BELUM DIJUAL MULAI 1 JANUARI 2020 SEHINGGA AKHIR TAHUN 2020

Antara langkah yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2020 adalah cadangan supaya nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar dikurangkan daripada RM1 juta kepada RM600,000 untuk pemilikan asing. Langkah ini dicadangkan bagi membantu mengurangkan lambakan kondominium dan pangsapuri yang tidak terjual berjumlah RM8.3 bilion pada suku tahun 2019.

Memandangkan cadangan Belanjawan ini telah disalahtafsirkan dengan sengaja oleh pihak tertentu, Kementerian Kewangan ingin menerangkan bahawa pengurangan nilai ambang tersebut hanya terpakai kepada unit kondominium dan pangsapuri sedia ada yang MASIH tidak terjual dan akan berkuatkuasa 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020 sahaja. la lidak merangkumi projek baru yang belum dilancarkan. Langkah ini dijangka memanfaatkan sektor hartanah tanpa menjejaskan kepentingan warganegara Malaysia.

Unit sedia ada yang tidak terjual merupakan kediaman yang tidak dapat menarik pembeli tempatan. Sehubungan itu, kelonggaran mengurangkan nilai ambang untuk pemilikan asing kondominium dan pangsapuri tidak akan menidakkan hak pembeli tempatan. Pembeli tempatan tidak dinafikan hak mereka kerana sekiranya mereka hendak beli, mereka boleh beli sekarang dan ia tidak akan kekal sebagai unit tidak terjual.

Sekiranya unit tersebut dapat dijual, ia secara langsung akan memberi impak limpahan ekonomi kepada negara. Pihak Kementerian Kewangan akan terus memantau pelaksanaan kelonggaran tersebut berhubung pengurangan nilai ambang bagi memastikan objektif dasarnya tercapai.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng

Menteri Kewangan

Kementerian Kewangan Malaysia

Putrajaya

13 Oktober 2019

Contact Us

Have any Questions?
Fill up the contact form below. We will get back to you as fast as possible :)

To:
Quotation Will Send By Whatsapp.
Start Over