5 Cara Bijak Untuk Refinance Rumah 2021

Refinance Rumah adalah salah satu cara yang bijak untuk mendapat cash yang cepat dan banyak untuk membantu menstrukturkan kewangan anda.

Sekiranya anda mempertimbangkan untuk Refinance Rumah bagi mendapatkan duit tambahan bagi menyelesaikan pinjaman peribadi, hutang kredit kad, pengubahansuaian rumah atau untuk bantuan perubatan dan sebagainya. Maka, anda wajib membaca artikel ini – 5 Cara Bijak Untuk Refinance Rumah 2021

Pinjaman Pembiayaan Semula Rumah di Malaysia 2021

Mungkin ramai yang ingin refinance rumah tetapi tidak tahu di mana ingin dimulakan.

Di dalam artikel ini, Melissa akan berkongsi tip-tip yang berguna ketika refinance rumah.

Refinance rumah

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memilih Untuk Refinance Rumah 2021?

# Tip 1 : Semak CCRIS Report

Anda perlu semak CCRIS Report. Ya, semak CCRIS report.

CCRIS report adalah dokumen yang penting dan digunakan oleh pihak bank untuk menganalisis kedudukan kewangan anda.

Di dalam CCRIS Report akan tersenarai segala hutang-piutang anda dengan pihak bank. Bukan itu sahaja, report itu juga akan memberitahu pihak bank samaada anda membayar hutang bulanan dengan up-to-date atau tidak membayarnya langsung.

Melalui CCRIS Report, pihak bank dapat membaca karakter seseorang peminjam samaada anda peminjam yang baik atau sebaliknya.

refinance rumah 2020

Rumah RM1juta Pun Tak Dapat Refinance Rumah

CCRIS report memainkan peranan penting, andai kata anda mempunyai CCRIS report yang kurang cantik.

Anda tidak boleh meneruskan Refinance Rumah walaupun rumah anda bernilai RM1 juta pun tak berguna kerana tiada bank yang ingin meluluskannya.

CCRIS Report Rekod Hanya Untuk Setahun

CCRIS report hanya boleh menunjukkan pembayaran balik selama setahun. Dalam masa setahun setiap pembayaran pinjaman dengan bank akan direkodkan.

Sebagai contoh, anda mempunyai 3 bulan tunggakkan sejak May 2020.

Pada September 2020 anda telah membayar dengan tepat dan tiada lagi tunggakan.

Apabila pihak bank membuat analisis karakter, mereka akan rasa ragu-ragu untuk memberi kelulusan kerana anda mempunyai karakter yang tidak membayar pinjaman atau membiarkan ia tertunggak.

Oleh itu, pihak bank tidak akan memberi pinjaman.

refinance rumah 2019

Konsep Bank Senang

Sebenarnya, senang sahaja nak memahami konsep ini.

Katakan, Ali meminjam duit dari Aminah sebanyak RM1000. Dan anda mendapat tahu dari Aminah yang Ali tidak membayar hutang RM1000 sejak berbulan-bulan lagi.

Sekarang, Ali datang kepada anda untuk membuat pinjaman RM2000.

Adakah anda akan meminjam kepada Ali bila anda mengetahui itu karakternya?

Atau anda akan meminjam kepada kawan yang lain, contoh Mohd yang mempunyai karakter yang membayar balik hutangnya?

Sudah pasti, anda akan meminjam kepada Mohd yang akan membayar balik hutangnya.

Begitu juga dengan pihak bank, mereka akan memberi pinjaman kepada yang akan membayar balik.

Ala… Bank boleh lelongkan rumah

Memang benar pihak bank boleh melelongkan rumah. Tetapi sebenarnya mereka tidak mahu rumah anda, mereka hanya mahu anda membayar balik hutang anda kepada mereka.

Pada pihak bank, untuk melelong rumah anda adalah proses yang rumit dan mengambil masa. Mereka tidak mahu melalui proses itu, tetapi mereka terpaksa kerana mereka memerlukan wang untuk menutup hutang atau kerugian mereka.

Tidak Tahu Cara Membaca CCRIS Report

Jika anda tidak tahu cara membaca CCRIS report, anda boleh menghantar kepada kami dan kami boleh menolong untuk mentafsirkannya.

Refinance Rumah 2020

Kenapa penting sangat nak cetak CCRIS report? Bank kan boleh cetak jugak.

Betul. Pihak bank memang boleh mencetak CCRIS Report.

Tetapi, apabila pihak bank telah melihat CCRIS Report anda dan mendapati pembayaran yang “ tidak cantik” , mereka akan terus menolak permohonan anda.

Yang tak sedapnya ialah mereka mempunyai rekod mengapa mereka menolak permohonan anda.

Andai kata pada masa hadapan, anda ingin membuat pinjaman balik.

Katakan,mungkin dalam masa setahun anda mempunyai ccris report yang cantik dan anda cuba untuk membuat pinjaman.

Pihak bank akan meneliti balik fail lama dan Ccris report.

Fail lama tidak akan dipadamkan sampai bila-bila malah akan dijadikan rujukan. Apabila meneliti fail lama anda, mereka akan mengetahui karakter lama anda.

Kemungkinan untuk permohonan anda ditolak adalah masih tinggi.

CCRIS report hanya akan menunjukkan pembayaran balik selama setahun tapi fail lama akan disimpan sampai bila-bila oleh pihak bank.

Refinance Rumah

#Tip 2: Ketahui Harga Pasaran Rumah Untuk Refinance Rumah

Mula-mula anda perlu mempunyai Rumah untuk Refinance Rumah. Kalau tidak mempunya rumah, memang tak payah cerita pasal Refinance Rumah, kena tukar topik, mungkin cerita pasal personal loan.

Semua orang tahu, bila kita beli rumah, harga rumah selalunya akan naik. Bila dah naik kita akan jual ataupun Refinance Rumah untuk mendapat duit atau cash out.

Untuk mengira berapa cash out atau aliran wang yang akan dapat, hendaklah mengetahui berapa harga pasaran rumah yang ingin direfinance.

Sebenarnya, ada pelbagai cara untuk mengetahui harga pasaran rumah. Salah satu adalah memberi maklumat rumah anda kepada pihak bank untuk menolong check harga pasaran.

Tapi kadang-kadang anda mungkin belum bersedia bercakap dengan pihak bank, anda hanya ingin mengira sendiri dulu.

Kalau begitu, anda boleh membuat anggaran harga pasaran di laman web https://www.brickz.my/.

Refinance rumah 2019

Disini anda boleh membuat anggaran harga pasaran rumah yang dijual sekarang.

Katakan harga pasaran rumah ialah RM300,000. Bolehlah anda menggunakan formula ini itu mengetahu berapa cash out atau aliran wang tunai yang anda akan dapat.

Jumlah Pinjaman = Harga Pasaran x 90%

Aliran Wang Tunai Kasar = Jumlah Pinjaman – Hutang Bank

Untuk mendapat Aliran Wang Tunai Bersih, anda harus menolak kos-kos refinance rumah seperti kos peguam dan kos valuer.

Untuk mengetahui kos-kos refinance rumah, teruskan membaca.

maksud refinance rumah

#Tip 3 : Meneliti Jumlah Kos Refinance Rumah

Kos-kos refinance rumah haruslah diberi perhatian. Kerana, anda harus mengetahui berapakah kos yang diperlukan dan adakah ia berbaloi untuk membuat refinance rumah.

Kos refinance rumah yang selalu diberi perhatian adalah kos yuran guaman, duti setem dan yuran Penilaian. Selalunya anggaran adalah dalam 2-3% dari harga pinjaman.

Contoh, harga pinjaman ( baru) RM300,000 x 3% = RM9000 .

RM9000 adalah kos yang termasuk yuran guaman, duti setem dan yuran penilaian.

Kos refinance ini boleh dipinjam bersama pinjaman perumahan yang baru.

Tetapi ada satu lagi kos refinance yang anda harus beri perhatian – Kos Penalti.

Kos Penalti

Kos penalti adalah kos yang dikenakan oleh bank sekarang bila anda refinance ke bank lain.

Selalunya, kos penalti akan dikenakan apabila seorang peminjam refinance ke bank lain dalam masa kurang dari 3 tahun. Ada juga bank yang letakkan 5 tahun.

Oleh itu, adalah lebih baik menelefon bank untuk mengetahui samaada pinjaman tersebut masih mempunyai penalti atau tidak.

Kos penalti bank adalah dalam anggaran 2-3% daripada harga pinjaman asal.

Andai kata, pinjaman terdahulu sebanyak RM200,0000,

RM200,000 x 3% = RM6000

RM6000 adalah kos penalti.

refinance rumah malaysia

#Tip 4: Ketahui Aliran Wang Tunai (cash out) Yang Diperolehi

Ketahui aliran wang tunai yang diperolehi sebelum membuat Refinance rumah adalah sangat penting untuk mengetahui berapa banyak duit yang anda akan perolehi.

Dengan jumlah yang diterima anda boleh mengetahui samada ia mencukupi atau berbaloi untuk memenuhi tujuan refinance anda.

Bagaiman pengiraannya ? Senang sahaja.

Jumlah pinjaman rumah,

RM270,0000 = RM300,0000 (Harga pasaran rumah) x 90%

Baki hutang bank : RM100,000

Kos Yuran Guaman, Duti Setem & Kos Penilaian, 3% x RM270,000 : RM8100

Kos penalti (kalau ada) : RM6000

Jumlah Aliran Wang Tunai (cash out) : RM270,000 – RM100,000 – RM 6000 – RM8100= RM155,900

Adakah RM155,900 mencukupi untuk memenuhi tujuan refinance anda?

refinance rumah

#Tip 5: Semak Kelayakan Untuk Membuat Refinance Rumah

Sekarang anda telah bercadang untuk refinance rumah tapi tak pasti kelayakan anda. Macamana?

Ada 2 cara untuk mengira kelayakkan anda, satu cara mudah dan satu lagi sederhana susah.

Cara Pertama dan mudah ialah dengan bantuan kami.

1. Pergi ke “contact us” page.

2. Isikan maklumat yang dikehendaki.

3. Pakar Perunding MalaysiaHousingLoan akan menelefon anda untuk mengira kelayakkan untuk refinance.

Senangkan?

Cara kedua, melibatkan anda membuat pengiraan sendiri. Andai kata anda tidak suka matematik gunalah cara pertama tadi.

Pengiraan Kelayakkan Refinance Rumah

Pengiraannya adalah seperti berikut :

Gaji Bersih : RM5000

Komitmen :

1. Pinjaman Peribadi : RM500 sebulan

2. Pinjaman Kereta : RM500 sebulan

3. Kredit Kad : RM3000 ( baki ) x 5% = RM150 sebagai Komitmen

Jumlah Komitment : RM500+ RM500+RM150= RM1150.00

Pinjaman Perumahan yang baru :

Contoh :

Harga Pasaran : RM300,000

Baki pinjaman Bank : RM100,000

Pinjaman Baru : RM300,000 x 90% = RM270,000

Aliran Tunai : RM270,000 – RM100,000 = RM170,000

Untuk refinancing, bank akan membuat pengiraan kelayakkan yang berlainan sedikit.

Anda akan mempunyai 2 akaun bank.

Akaun Pertama ialah pinjaman sebanyak RM100,000 , untuk menyelesaikan hutang bank lama. Ansuran bulanan dianggar RM384.85 ( 35 tahun @ 3.0%)

Yang kedua ialah pinjaman sebanyak RM170,000 untuk aliran tunai (cash out). Ansuran bulanan dianggar RM1641.53 ( 10 tahun @ 3.0% )

Untuk mengira ansuran bulanan, anda boleh menggunakan “ Home Loan Calculator” yang terdapat di web ini.

Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa sepuluh tahun sahaja untuk pengiraan ansuran bulanan aliran tunai?

Ini kerana pada tahun 2017 kebanyakkan bank telah menggunakan 10 tahun sebagai pengiraan kelayakkan. Ini diarahkan oleh Bank Negara Malaysia.

Walaupun kelayakkan menggunakan 10 tahun, tetapi untuk ansuran bulanan yang sebenar bank masih menggunakan 35 tahun.

Oleh itu, ansuran refinance rumah yang baru ialah RM384.85 + RM1641.53 = RM2026.38

Dengan itu, jumlah komitmen yang akan ada ialah RM1150+RM2026.38 = RM3176.38

DSR ( Debt service Ratio) ialah RM3176.38/5000 x 100= 63.53%

Selagi DSR anda kurang dari 70%, anda layak untuk membuat permohonan refinance rumah.

Itulah 5 Cara Bijak Untuk Refinance Rumah pada tahun 2021 dan kami berharap anda mendapat sedikit panduan membuat refinance rumah dan untuk sebarang pertanyaan, whatsapp atau telefon kami di 012-6946746.

Bandingkan Pinjaman Pembiayaan Semula Rumah Terbaik di Malaysia 2021

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

#malaysiahousingloan

Online Mortgage Consultant

Call or Whatsapp Us: 012-6946746

Visit Our Website:

Www.MalaysiaHousingLoan.net

Subscribe Our Youtube Channel:

https://www.youtube.com/malaysiahousingloan

Follow us on Facebook:

https://www.facebook.com/malaysiahousingloan/

Contact Us Today!

1 Step 1
Any Questions? Leave the details here. We'll contact you shortly.
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder