Hari ini Tuan Salkukhairi, Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) telah berkongsi ilmu hartanah yang berguna dilaman facebook beliau.

Marilah kita tengok apa yang dikatakan oleh Tuan Salkukhairi.

1. Ramai pembeli rumah bertanyakan kepada saya, bolehkah mereka membatalkan perjanjian jual beli yang telah ditandatangani dengan pemaju?

2. Antara alasan-alasan yang biasa diberikan oleh pembeli untuk batalkan perjanjian jual beli adalah :
A) Tak jadi nak beli sebab nampak rumah macam tak berapa cantik dan tak sama macam dalam pamphlet.
B) Mula-mula pemaju kata semua kos guaman pemaju tanggung, tetapi tiba-tiba pemaju bagitahu bayaran duti stem kena tanggung sendiri pulak.
C) Loan dah lulus dengan bank B, tapi saya tak nak buat loan dengan Bank B. Saya nak loan dengan Bank A sahaja.
D) Lain-lain alasan yang berkaitan dengannya.

3. Ingin saya tekankan disini, sebenarnya di dalam perjanjian jual beli yang menggunapakai Jadual G, H, I dan J Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966, TIADA PERUNTUKAN untuk pembeli membatalkan sesuatu perjanjian jual beli yang telah ditandatangani dengan pemaju.

4. Ertinya, setelah perjanjian jual beli ditandatangani, pembeli TIDAK BOLEH MEMBATALKAN perjanjian jual beli tersebut walau dengan apa alasan sekalipun.

5. Kuasa untuk membatalkan perjanjian jual beli hanyalah terletak PADA PEMAJU SAHAJA. Itupun atas alasan-alasan seperti berikut:
A) Pembeli tidak membayar mana-mana ansuran harga jual beli mengikut Jadual Ketiga atau mana-mana bahagian daripadanya, atau tidak membayar mana-mana caj pembayaran lewat dalam tempoh yang melebihi tiga puluh (30) hari selepas tarikh genap masa ansuran atau caj pembayaran lewat itu;
B) Pembeli tidak membayar mana-mana jumlah wang yang kena dibayar di bawah Perjanjian ini bagi apa-apa tempoh yang melebihi tiga puluh (30) hari selepas tarikh genap masa jumlah wang itu;
C) Pembeli melakukan apa-apa pelanggaran atau tidak melaksanakan atau mematuhi apa-apa terma, syarat atau waad yang material dalam Perjanjian ini;
D) Pembeli melakukan perbuatan kebankrapan.

6. Kesan pembatalan perjanjian jual beli tersebut adalah seperti berikut :
A) Pemaju berhak melupuskan/ menjual rumah tersebut kepada mana-mana pembeli baru
B) Apa-apa bayaran harga jual beli yang telah di bayar oleh pembeli hendaklah dilupuskan seperti berikut:
i – segala bayaran faedah lewat bayar hendaklah di bayar kepada pemaju
ii – sejumlah wang bersamaan sepuluh peratus (10%) daripada harga beli hendaklah dilucuthak kepada Pemaju
iii. – akhir sekali, bakinya barulah dibayar balik kepada Pembeli

7. Jadi, pesan saya kepada pembeli, sebelum tandatangan perjanjian jual beli dengan pemaju, sila pastikan anda faham dengan segala terma dan syarat berkaitan dengan jual beli rumah tersebut dan anda telah berpuas hati sepenuhnya dengan pelan dan spesifikasi rumah yang anda ingin beli tersebut.

8. Anda berhak bertanyakan kepada pemaju atau peguam yang dicadangkan oleh pemaju tentang segala terma-terma perjanjian jual beli dan semua perkara berkaitan dengan rumah yang anda ingin beli tersebut.

9. Jangan semata-mata berpegang pada kata-kata wakil pemaju, iklan atau brosher, pamphlet dan juga ilustrasi rumah yang diberikan oleh pemaju semata-mata. Sebaliknya semaklah juga pelan dan spesifikasi yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa yang dilampirkan dalam perjanjian jual beli tersebut sebelum anda tandatangan perjanjian jual beli itu.

10. Iklan, kata-kata lisan, dan pamphlet tidak akan mengikat pemaju dan pembeli, sebaliknya terma-terma yang ditulis dalam perjanjian jual beli dan lampiran-lampiran yang disertakan dalam perjanjian jual beli tersebut sahaja lah yang akan mengikat kedua-dua belah pihak.

11. Ingat! Urusan tandatangan perjanjian jual beli bukan perkara yang boleh dimain-main. Jika dah tertandatangan, kemudia rasa tak puas hati, tanggunglah sendiri kesannya. Sebab ANDA TAK BOLEH BATALKAN PERJANJIAN JUAL BELI WALAU APA ALASAN SEKALIPUN.

12. Tak puas hati, jangan marahkan orang lain, MARAHKAN DIRI SENDIRI, sebab tak baca dan tak faham perjanjian jual beli.

If you think this is helpful, feel free to share it with all your friends and family on all the social media platform.
For more Home Loan information and enquiry,
please call/ Whatsapp us at +6012-6946746
or visit our website www.malaysiahousingloan.com

#malaysiahousingloan #housingloan #MalaysiaHomeLoan #homeloaninmalaysia #homeloan #housingloaninmalaysia

Contact Us