Pengalaman refinance rumah Melissa memang banyak. Sebab Melissa dah pernah buat refinance 3 kali dan kalau termasuk refinance rumah customer Melissa selama diindustri ini, rasanya ada beribu-ribu. ( Ha ha ha)

So, hari nie Melissa akan berkongsi pengalaman refinance rumah yang Melissa rasa interesting, mungkin dari pengalaman Melissa atau pun dari sudut customer Melissa.

Pengalaman 1:
Encik Ali (bukan nama sebenar) perlukan duit untuk refinance rumah. Encik Ali perlukan cash untuk renovate rumah teresnya. So, Melissa pun seperti biasa rekomen banker untuk bantu permohohonan refinance beliau.

Selepas loan approved, dia sign letter offer dan bank agreement dengan peguam bank.

Suatu hari, Melissa dapat call dari banker. Katanya, value rumah customer jatuh.

Melissa tanya kenapa?

Kata banker, sebab rumah yang di refinance itu Encik Ali telah renovate separuh jalan. Rumah itu tidak ada tingkap dan banyak lagi incomplete renovation.

Bila ditanya customer, Encik Ali cakap, “ oh, tak tahu pulak rumah yang renovate separuh jalan tak boleh refinance.” ?

Akhirnya, Encik Ali kena akur sahaja dengan value yang diberi oleh bank valuer. Sebab nasi dah jadi bubur.
Bila value rumah jatuh, bank pun akan mengurangkan loan amount rumah, maknanya cash out yang dapat pun kurang.

Kesian Encik Ali.

Moral of Story :
1. Jangan refinance rumah yang tak siap, atau separuh jalan buat renovation. Kalau nak buat refinance, buat sebelum renovate rumah ataupun selepas rumah tu dah siap renovation. Jangan separuh jalan.
2. Valuer bank hanya akan bagi good valuation sekiranya rumah itu adalah rumah yang complete with CF.

Pengalaman 2 :
Dulu semasa bekerja di bank, Melissa jumpa ramai sungguh customer. Ada yang baik, dan tak kurang yang kurang menyenangkan. Tapi nak buat macamana. Just put on a smile and move on.

So, ada satu customer nie very interesting. Let’s say, her name is Madam Khoo. ( bukan nama sebenar)

Madam Khoo agak berumur orangnya, dalam 60an. Dia nak buat refinance dengan anaknya. Orangnya kaya, sangat kaya. Rumah bungalow yang besar hanya tinggal seorang diri bersama maid. Anak berada diluar negara dan hanya sekali sekala balik ke Kuala Lumpur.

So, seperti biasa Melissa minta dokumen untuk buat pinjaman. Bagi list of document kat dia pun kena marah. Kena marah sebab mintak banyak dokumen. Setiap kali bila Melissa follow up dia, mesti kena marah. Tak tahu kenapa, dia memang got lots of anger in her. Asyik nak marah je. Bila bercakap dengan dia mesti at least satu jam. Hanya dengar dia nag dan marah. But, Melissa redha.

Pernah sekali, dia tanya about approval loan. Melissa terkejut sb dia tak bagi pun dokumen penuh. So, Melissa pun ckp dokumen tak penuh lagi, hari tu Melissa dah mention kena ada sekian sekian dokumen ini. Then kena marah lagi… Dia macam pelupa pun ada. But, anyway customer nie sebenarnya cari Boss Melissa but sebab boss pun tak tahan character dia, so pass kat Melissa. Aduhai…

At last dokumen complete, hantar untuk approval. Loan rejected. Aduhh… bayangkan mesti kena nag selama 2-3 jam nie. So, seperti biasa memang kena nag. Then, dengan power of my boss, kami dapat meluluskan pinjaman perumahan dia.

Bila jumpa untuk sign dokumen kat rumah bungalow dia, baik sungguh orangnya. Memang besar rumah bungalow tapi Melissa dapat rasakan she is lonely.

Selepas selesai semua, seminggu sekali mesti dapat call dari dia. Layan je…

Sehingga valuer nak buat site inspection kat rumah dia. Start dia being defensive.

Tak bagi valuer masuk rumah, just outside je dia bagi ambik gambar. Terpaksalah valuer tu ambik gambar diluar dan jugak nasib baik, value yang diperlukan tidak perlu maksima. So, bolehlah valuer ambik gambar dilluar rumah je… But, actually tak boleh begitu.

So, bila loan rumah dia dah disburse, Melissa sangat lega. Kalau tidak rasa stress sangat sangat.

Sebenarnya, Melissa nak highlight about valuer site inspection. Peminjam sebenarnya kena bagi full access kepada bank valuer untuk buat inspection. Kalau tidak, satu anda mungkin tidak akan mendapat value yang anda inginkan, kedua mereka mungkin terpaksa melengahkan valuation report yang eventually akan melambatkan proses untuk disbursement.

Moral of story :
1. Untuk mengelakkan kelewatan dalam process refinance, peminjam hendaklah memberi kerjasama kepada bank valuer.

Pengalaman 3 dan yang terakhir:

Okay, pengalaman yang ketiga dan terakhir ini mungkin ramai yang boleh relate, sebab mungkin ada yang pernah kena.

Puan Nisa ( bukan nama sebenar) buat refinance rumah. Sebuah condominium ditengah-tengah kesibukkan kota. Condo nie masih dibawah master title dan leasehold. Kalau refinance ambil dalam masa 4-5 bulan je.

Tetapi, sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

Bila peguam bank correspond dengan pemaju, pemaju cakap condominium ini telah keluar strata title. Tidak lagi boleh buat seperti master title.

FYI. Bila Strata Title dah keluar, anda hendaklah membuat pindah milik itu dengan segera. Pindak milik ini harus dibuat sebelum refinance rumah boleh complete.

Disebabkan condominium ini adalah strata title dan leasehold. Consent pihak berkuasa negeri adalah diwajibkan. Hanya process pindah milik ini mengambil masa selama 6 bulan.

Dan untuk process refinance, perlukan another 6-7 bulan.

Puan Nisa memang sangat marah sebab dia memerlukan duit itu dengan segera tapi nak buat macamana? Bukan salah mana-mana pihak.

Mungkin, kalau nak marah kena marah dengan diri sendiri.

Yang pertama, sebab sendiri patut check dulu dengan pemaju samaada strata title akan keluar tak masa terdekat ini.

Yang Kedua, siapa suruh beli rumah leasehold. Sepatutnya tahu, implikasi membeli rumah leasehold.

Moral of story :
1. Tidak kira refinance atau beli rumah baru, kalau in the middle of the transaction, strata atau individual title keluar, process untuk complete akan mengambil masa yang lama.

2. Jangan percaya bila saleman yang nak jual rumah leasehold cakap, leasehold and freehold ini sama je… Either diaorang tak tahu bezanya atau sengaja hide the truth.

Okay, itu sahaja tiga pengalaman yang Melissa dapat sharekan hari nie. Harap menjadi panduan untuk anda semua semasa refinance rumah nanti.

Untuk anda yang serious nak refinance rumah, bolehlah hubungi kami untuk mendapat nasihat refinance yang power.

Jangan lupa share artikel ini !

Artikel Berkaitan : Proses Refinance Rumah Berapa Lama?

Request A Free Quotation From Us Today

Quotation For

  • SALE AND PURCHASE AGREEMENT MALAYSIA

  • LOAN AGREEMENT MALAYSIA

  • TRANSFER OF PROPERTY MALAYSIA

  • TRANSFER OF PROPERTY BY LOVE AND AFFECTION MALAYSIA

  • AUCTION PROPERTY MALAYSIA

  • SELLER QUOTATION FOR SUB SALE PROPERTY MALAYSIA

Don’t worry, we will definitely get back to you!

FILL UP THE FORM TODAY

1 Step 1

We Will Get Back To You As Fast As Possible. Thank You.

keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right

***( For This Moment, The Quotation Services Only Available For Property in Kuala Lumpur , Putrajaya , Cyberjaya , Selangor , Johor , Penang, Kedah , Melaka , Negeri Sembilan , Pahang & Perak )