Pernah tak anda terfikir, apa perbezaan refinance rumah dulu dan sekarang? Selama 18 tahun dibidang ini, banyak perubahan yang Melissa lihat.

Masa zaman persekolahan dulu, Melissa suka mendengar lagu Datuk S.M.Salim.

Salah satu lagu yang masih terngiang-ngiang di telinga berbunyi begini.

Dulu Lain… Sekarang Dah Lain…

Dulu Bujang… Sekarang… Dah Kahwin…

Dahulu seorang, sekarang berdua

Dulu Lain, Sekarang Dah Lain…

Ramai yang cakap, “ Dulu saya apply loan dengan dokumen sedemikian, boleh sahaja bank approve. Kenapa sekarang tak boleh?”

Jawapannya mudah. Dulu Lain dan Sekarang dah lain.

Dulu mungkin dokumen sedemikian boleh diterima, tetapi sekarang mungkin tidak diterima lagi.

Oleh itu, Melissa akan mengulas lebih lanjut mengenai perbezaan refinance dulu dan sekarang supaya ramai yang lebih faham.

Mari kita bermula dengan margin pembiayaan

MARGIN PEMBIAYAAN

Dahulu

Dulu bank memberi margin pembiayaan yang tinggi untuk refinance rumah. Ada yang memberi margin 90% hingga 95% termasuk MRTA, kos peguam dan kos penilaian.

Sekarang

Sekarang kebanyakkan bank memberi pinjaman sehingga 80%-85% termasuk MRTA, kos peguam dan kos penilaian sahaja.

Kesimpulan

Sekarang bank tidak lagi memberi pembiayaan yang tinggi untuk peminjam. Oleh itu, anda mungkin tidak dapat menutup hutang-hutang yang sedia ada ataupun tidak mendapat cash-out yang banyak.

TEMPOH PINJAMAN

Dahulu

Dulu bank memberi tempoh pinjaman yang agak panjang. Ada sesetengah bank yang memberi pinjaman sehingga tempoh 45 tahun atau umur 75 tahun, yang mana lebih awal.

Sekarang

Sekarang kebanyakkan bank memberi tempoh pinjaman sehingga 35 tahun atau umur 70 tahun, yang mana lebih awal.

Kesimpulan

Bank memberi tempoh pinjaman yang lebih pendek dan realistik. Ini juga bermakna anda akan mempunyai bayaran bulanan yang lebih tinggi. Tetapi yang bagus tentang ini adalah anda tidak perlu membayar interest yang banyak.

Sebenarnya, kebanyakan pinjaman perumahan memberi anda ruang untuk membayar lebih ke akaun pinjaman anda. Jika anda membayar lebih, tempoh pinjaman anda akan berkurangan. Ini bermakna, bank juga kurang mendapat keuntungan.

KADAR FAEDAH

Dahulu

Dulu bank mengenakan kadar faedah yang jauh lebih tinggi. Mungkin di antara 6-8% setahun.

Masih ingatkah anda pada tahun 1998, negara mengalami krisis ekonomi, dan kadar faedah pinjaman perumahan naik sehingga berbelas-belas peratus dan ramai yang terkejut dan melalui krisis kewangan!

Sekarang

Sekarang kadar faedah pinjaman perumahan hanya di sekitar 2.85% – 3.6% sahaja.

Kesimpulan

Kadar faedah sekarang adalah lebih rendah dibanding dahulu. Kita telah belajar dari kesilapan lepas. Di mana menaikkan kadar faedah tidak merancakkan ekonomi negara. Sebaliknya, menurunkan kadar faedah boleh membantu ekonomi negara.

POLISI BANK

Dahulu

Dulu bank mempunyai polisi kelulusan bank yang lebih senang dibandingkan sekarang. Dahulu tidak mempunyai laporan CCRIS. Bank memberi kelulusan berdasarkan dokumen yang diberi oleh peminjam.

Sekarang

Bank akan mencetak laporan CCRIS dan CTOS sebelum memberi kelulusan. Dan akan melihat dokumen yang dilampirkan.

Overall, mereka akan melihat banyak aspek selain gaji, kemampuan membayar, lokasi rumah, cara anda membuat pembayaran rumah dan lain-lain lagi.

Malah, mereka menggunakan sistem yang akan auto-reject klien yang tidak mencapai piawaian kelulusan mereka.

Kesimpulan

Jika dibuat perbandingan, untuk mendapat kelulusan pinjaman perumahan adalah lebih susah sekarang dari dahulu. Tetapi, itu tidak bermakna anda tidak akan mendapat kelulusan bank. Cuma anda perlu mempunyai skill dan pengetahuan untuk memahami apa yang dicari oleh pihak bank.

REFINANCE RUMAH KETIGA

Dahulu

Dulu bank tidak kira anda mempunyai berapa pinjaman perumahan,pinjaman anda tetap akan mendapat margin sehingga 90%.

Sekarang

Jika anda mempunyai tiga pinjaman perumahan di laporan CCRIS, refinance rumah yang seterusnya akan mendapat maksima margin 70% sahaja.

Kesimpulan

“3rd housing loan policy” telah diarahkan oleh bank negara. Ini untuk menyukarkan orang ramai membuat refinance rumah dan menurunkan “household debt malaysia”.

DEBT CONSOLIDATION

Dahulu

Dulu bank tidak mempunyai debt consolidation loan. Jika DSR anda tidak berada di paras yang sesuai, permohonan anda akan di reject.

Sekarang

Andai kata DSR anda telah terlampau tinggi, anda boleh mencuba refinance rumah dengan cara debt consolidation.

Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut mengenai Debt Consolidation Loan, boleh baca artikel disini.

TEKNIK DEBT CONSOLIDATION REFINANCING UNTUK MENGURANGKAN HUTANG

Kesimpulan

Debt consolidation loan banyak menolong orang yang betul betul susah dan mempunyai pembayaran bulanan yang tinggi. Dengan membuat penyatuan dengan cara debt conso, peminjam dapat menstrukturkan hutang-hutang lama. Ini memberi peluang mereka untuk bernafas semula.

Pada pendapat anda, apalagi perbezaan refinance rumah dahulu dan sekarang. Boleh share di ruang komen.

Jika anda berminat untuk membuat Refinancing, anda boleh hubungi kami di 012-6946746 dan bercakap dengan Perunding Khidmat Nasihat Pembiayaan, Encik David.

Suka artikel ini? Anda juga mungkin akan menyukai artikel ini.

Cara Refinance Rumah (Dapat duit dengan Memohon Housing Loan)

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

#malaysiahousingloan

MALAYSIA HOUSING LOAN

Online Mortgage Consultant

Call or Whatsapp Us: 012-6946746 (Talk to David)

Visit Our Website

Subscribe Our Youtube Channel

Follow us on Facebook

1 Step 1
Any Questions? Leave the details here. We'll contact you shortly.
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right