Sebelum anda membuat permohonan pinjaman rumah dengan bank, mari kita tengok dokumen yang perlu anda sediakan.

Setiap orang mempunyai cita-cita untuk memiliki rumah sendiri. Jika anda masih menyewa, ini mungkin hanya untuk sementara sahaja.

Tetapi, ada sesetengah orang yang telah mempunyai beberapa rumah. Jika anda berada di golongan ini, maka anda adalah golongan yang bernasib baik!

Setelah anda membuat booking dengan agen atau pemaju, hendaklah bersiap sedia untuk langkah yang seterusnya. Iaitu, memohon pinjaman perumahan.

Permohonan pinjaman perumahan harus dibuat dengan berhati-hati dan pastikan segala dokumen yang diperlukan diberi kepada pegawai bank.

Manakala, jika anda ingin membuat refinance rumah, anda juga perlu menyediakan dokumen kepada bank.

Dokumen yang diperlukan adalah lebih kurang sama dengan dokumen pembeli rumah tetapi mungkin ada satu atau dua dokumen yang anda harus bagi extra.

Ini adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman perumahan Bank.

Bekerja (Swasta/Kerajaan)

  1. Salinan photostat IC
  2. Slip gaji terkini untuk 3 bulan
  3. Penyata bank terkini untuk 3 bulan
  4. Penyata tahunan EPF terkini
  5. Surat pengesahan/Confirmation letter daripada tempat bekerja
  6. Borang B/BE dan acknowledgement receipt (terkini) & resit cukai telah dibayar
  7. EA Form terkini (jika perlu)
  8. Dokumen sokongan seperti penyata ASB, tabung haji dan lain-lain.
  9. Tenancy Agreement & bank statement ( jika ada)

Company (Bekerja Sendiri)

  1. Salinan photostat IC
  2. Sijil pendaftaran perniagaan/Syarikat
  3. Borang B/BE dan acknowledgement receipt (terkini) & resit cukai telah dibayar
  4. Penyata akaun semasa terkini untuk 6 bulan (Audit 2 tahun)
  5. Penyata Perniagaan bank selama 6 bulan
  6. Dokumen sokongan seperti Penyata simpanan, penyata ASB, tabung haji dan lain-lain.
  7. Tenancy Agreement & bank statement ( jika ada)

Dan

Dokumen Rumah:

  1. Salinan geran rumah Atau;
  2. Perjanjian Jual Beli ( Photocopy atau scan muka surat depan – cover page, muka surat tandatangan, butiran pemilik, harga beli, tarikh beli, alamat rumah, size rumah)
  3. Booking Form (Jika beli rumah dengan agen, pemilik rumah atau pemaju)
  4. Penyata baki pinjaman perumahan (terkini) – (Jika Refinance)
  5. Surat Tawaran bank yang terdahulu (Jika Refinance)

Tips Penyediaan Dokumen

  1. Semua dokumen yang diberi kepada bank harus di “watermark”. Anda boleh scan dokumen dan save dibawah file pdf. Dan seterusnya letak “watermark” seperti “ Home Loan Application for XXX Bank Use only dan letak tarikh dokumen diberi”.
  2. Penyata gaji harus tally dengan penyata bank anda. Contoh, jika setiap bulan penyata gaji menunjukkan anda menerima gaji RM2000 sebulan. Maka, penyata bank juga harus menunjukkan anda menerima RM2000 sebulan. Jika tidak tally, anda harus memberitahu pegawai bank semasa membuat permohonan. Dan jika anda menerima sebahagian gaji dengan wang tunai, anda harus memasukan wang itu ke dalam bank sebelum menggunanya. Dengan ini, bank boleh mengesahkan anda menerima gaji tersebut.
  3. Semua dokumen yang diberi kepada bank haruslah dokumen terkini. Bukan dokumen lama.
  4. Jika dokumen yang diberi lengkap maka proses permohonan akan menjadi lancar dan cepat. Jika sebaliknya, maka proses akan menjadi lebih panjang dan lama.

Salah satu maklum balas yang selalu Melissa dapat dari customer adalah, “ banyak sangat dokumen yang nak sediakan.”

Anda harus berfikir macam bank, pinjaman yang bank akan bagi adalah jumlah yang besar. Oleh itu, mereka perlu melihat banyak dokumen untuk memastikan anda mampu membuat pembayaran balik.

Ramai yang sangka bank boleh melelong rumah peminjam. Tetapi ramai yang tidak tahu bahwa prosesnya adalah sangat leceh, membazir masa dan melibatkan extra kos. Kadang-kadang bank kena menanggung kerugian lagi.

Oleh itu, pihak bank akan sedaya upaya mengelak mendapat peminjam yang berkemungkinan berakhir dengan lelongan rumah.

Okay itu saja perkongsian Melissa hari ini.

Jika anda berminat untuk membuat Pinjaman Rumah, boleh hubungi kami di 012-6946746 dan bercakap dengan Perunding Khidmat Nasihat Pembiayaan, Encik David.

Suka artikel ini? Anda juga mungkin akan menyukai artikel ini.

BELI RUMAH SUBSALE

 

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

#malaysiahousingloan

MALAYSIA HOUSING LOAN

Online Mortgage Consultant

Call or Whatsapp Us: 012-6946746 (Talk to David)

Visit Our Website

Subscribe Our Youtube Channel

Follow us on Facebook

Contact Us

Have any Questions?
Fill up the contact form below. We will get back to you as fast as possible :)

To:
Quotation Will Send By Whatsapp.
Start Over