Jika anda mempunyai hutang bulanan yang tinggi, debt consolidation refinancing adalah salah satu teknik yang boleh membantu menyatukan hutang-hutang sedia ada dengan bayaran bulanan yang lebih rendah.
Kaedah ini sering kali dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah hutang berlebihan dan membebankan dengan bayaran ansuran bulanan yang tinggi.
Individu ini juga mempunyai kesulitan menbuat refinancing melalui kaedah yang biasa kerana komitmen yang tinggi.
APA ITU DEBT CONSOLIDATION REFINANCING?
Teknik Debt Consolidation refinancing ataupun kaedah penyatuan hutang adalah salah satu teknik bagi menyelesaikan hutang.
Debt consolidation refinancing membantu anda menyatukan semua hutang menjadi satu sahaja dan hanya perlu membayar balik SATU pinjaman dan mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan.
Teknik ini menggabungkan kaedah refinance dan penyatuan hutang-hutang anda.
BAGAIMANA MEMBUAT PENYATUAN HUTANG INI?
Penyatuan Hutang atau Debt consolidation refinancing adalah salah satu jenis refinance rumah. Tetapi, refinancing ini memberi fokus kepada pemohon yang gagal memohon refinance rumah dengan cara biasa kerana komitmen yang sangat tinggi.
Untuk golongan tersebut, sesetengah bank memberi alternatif untuk membuat refinance supaya boleh mengurangkan beban bayaran bulanan.
Dengan kaedah refinance rumah yang biasa, peminjam memperolehi cash-out atau wang tunai yang akan dimasukkan ke akaun peminjam pada akhir proses.
Untuk Debt consolidation refinancing, peminjam tidak akan mendapat wang tunai kerana wang tunai tersebut akan terus diselesaikan oleh pihak bank ke bank-bank hutang yang lain.
Selepas selesai membayar hutang ke bank lain, peminjam hanya perlu membayar hutang bulanan ke bank yang baharu sahaja.
CONTOH KAEDAH DEBT CONSOLIDATION REFINANCING
Anda mempunyai TIGA hutang sedia ada dengan bayaran bulanan seperti berikut:
Pinjaman Peribadi 1 – RM350 ( baki RM30k)
Pinjaman Peribadi 2 – RM450 ( baki RM40k)
Hutang Kad Kredit – RM1200 ( baki hutang RM40k)
Dari contoh diatas, jumlah bayaran bulanan kesemua hutang ialah RM2000 manakala jumlah baki kesemua hutang ialah RM110k.
Melalui kaedah Debt Consolidate, anda akan memohon Debt Consolidation Refinancing iaitu satu hutang baru bagi menutup semua hutang sedia ada.
Tujuan utama adalah untuk mengurangkan kadar bayaran bulanan.
Sebagai contohnya, anda mempunyai satu pinjaman perumahan dengan Bank A yang boleh digunakan untuk membuat refinance rumah.
Baki hutang rumah tersebut adalah RM200,000. Dan anda membayar sebanyak RM1300 sebulan.
Harga pasaran untuk rumah tersebut ialah RM500,000.
Anda memohon Debt consolidation refinancing dengan Bank B. Dan mereka bersetuju memberi pinjaman sebanyak RM310,000, dengan kadar faedah yang lebih rendah 3.30%, tempoh pembayaran balik 35 tahun, dan pembayaran balik bulanan RM1250.
Sebelum anda membuat Debt consolidation refinancing, hutang yang anda bayar setiap bulan ialah RM2000 + RM1300 = RM3300.
Selepas membuat Debt consolidation refinancing, anda hanya perlu membayar RM1250 sebulan. Itu adalah penggurangan sebanyak RM3300-RM1250 = RM2050.
Bayaran bulanan yang RENDAH kan?
Ini adalah salah satu SEBAB UTAMA individu membuat Debt consolidation refinancing.
KELEBIHAN MEMBUAT DEBT CONSOLIDATION REFINANCING
A. Bayaran bulanan yang sangat rendah. Rujuk contoh diatas.
B. Pinjaman perumahan mempunyai kadar faedah yang lebih rendah dari pinjaman peribadi dan kad kredit. Oleh itu, adalah lebih bermanfaat untuk memindah hutang tersebut ke pinjaman perumahan.
C. Tempoh pinjaman yang lebih panjang berbanding pinjaman peribadi dan kad kredit. Ini memberi kelebihan kepada debt consolidation refinancing kerana tempoh pinjaman yang panjang membolehkan bayaran balik yang lebih rendah.
D. Penyatuan hutang-hutang lain menjadi SATU. Anda tidak lagi perlu membayar hutang-hutang lain ke beberapa bank. Anda hanya perlu memberi fokus ke SATU bank sahaja.
E. Anda mempunyai ruang untuk bernafas setiap bulan. Tidak lagi perlu risau masalah ini akan mengganggu kehidupan seharian untuk jangka masa panjang.
PERKARA YANG ANDA WAJIB TAHU MENGENAI DEBT CONSOLIDATION REFINANCING
A. Kadar Faedah Debt Consolidation Refinancing adalah lebih tinggi berbanding Kadar Faedah refinancing biasa. Tetapi, tidak setinggi kadar faedah pinjaman peribadi ataupun kad kredit.
B. Bank memberi sedikit kelonggaran untuk Debt consolidation refinancing, dimana cara pengiraan kelayakkan adalah lebih longgar dibanding dengan refinance rumah biasa.
C. Walaupun terdapat kelonggaran sedikit, tetapi laporan CCRIS anda harus menunjukkan pembayaran balik yang bagus.
D. Debt consolidation refinancing dapat memberi ruang kepada individu untuk mengurangkan bayaran bulanan tetapi ini tidak bermakna anda boleh berbelanja sesuka hati dan membuat debt consolidation refinancing kemudian. Anda harus menjadikan titik ini sebagai satu pengajaran, berbelanja secara berkhemah dan sekadar mampu sahaja.
E.Tidak semua bank yang menawarkan Debt consolidation Refinancing. Hanya sesetengah bank membuat penyatuan hutang ini. Kami memberi Perkhidmatan PERCUMA untuk semakan kelayakan pembiayaan.
Leave A Comment