Soalan:

Nk tanya.. nilai refinance tu mesti paling rendah utk tutup baki pinjaman sekarang ke?

Jawapan:

Terima kasih atas soalan tuan.

Sebenarnya saya kurang faham soalan tuan. Tetapi saya akan cuba menjawabnya dengan menerangkan sedikit proses refinance rumah.

Jika maksud nilai refinance adalah harga pasaran rumah, maka saya akan huraikan sedikit.

PROSES REFINANCE RUMAH

Proses refinance rumah bermula apabila seorang pemohon ingin mendapatkan pinjaman perumahan, pegawai bank akan cuba untuk menyemak harga pasaran rumah.

Pegawai bank akan menyemak dengan beberapa panel jurunilai bank untuk mendapatkan harga pasaran yang paling tinggi. Selalunya, mereka dikehendaki mendapat dua jurunilai yang memberi harga pasaran yang sama dan tinggi.

Sebagai contohnya,

Jurunilai A : RM500,000
Jurunilai B : RM450,000
Jurunilai C : RM500,000
Jurunilai D : RM430,000

Berdasarkan contoh diatas, mereka akan mengambil 2 panel jurunilai yang memberi harga pasaran yang paling tinggi, iaitu Jurunilai A dan C.

Tetapi, ada juga bank yang menetapkan berdasarkan huruf pertama nama peminjam.

Contohnya,
A- G : Jurunilai 1
H-M : Jurunilai 2
N-S : Jurunilai 3
T-Z : Jurunilai 4

Jika nama peminjam bermula dengan M. Maka, mereka harus menyemak dengan Jurunilai 2. Mereka tidak dibenarkan menyemak dengan Jurunilai 1,3 atau 4.

Oleh itu, jika Jurunilai 2 memberi harga pasaran RM400,000. Maka mereka harus menggunakan harga pasaran tersebut utk mengira maksima margin yang boleh dipohon oleh peminjam walaupun Jurunilai 1 atau 3 memberi nilai yang lebih tinggi.

MAKSIMA MARGIN UNTUK REFINANCE RUMAH

Jika harga pasaran ialah RM400,000, maksima margin untuk refinance rumah adalah antara 80%-85%. Dengan itu, pinjaman yang boleh dipohon adalah RM400,000 x 80%-85% = RM320,000 – RM340,000.

Katakan, baki pinjaman perumahan tuan adalah RM200,000. Maka, cash out yang tuan boleh dapat adalah antara RM120,00 hingga RM140,000.

Dalam proses refinance rumah, pihak bank yang baharu akan menyelesaikan dahulu baki pinjaman perumahan bank lama sebelum membuat disbursement baki cash out kepada peminjam.

KOS REFINANCE RUMAH

Tuan juga boleh refinance rumah dengan hanya untuk menyelesaikan baki pinjaman perumahan sahaja tanpa mengambil cash out. Itu terpulang kepada kehendak tuan. Tetapi, jarang sekali orang mengambil langkah ini. Kerana refinance rumah mempunyai anggaran kos refinance sebanyak 3% dari harga pinjaman.

Contohnya, kos peguam, duti stamp dan kos jurunilai. Kos-kos ini anggaran dalam 3% dari harga pinjaman.

Contoh,
Harga Pasaran RM400,000
Pinjaman Maksima mungkin dalam 85%, RM340,000
RM340,000 x 3% ( kos refinance) = RM10,200

Kos refinance adalah RM10,200.

Untuk sesetengah orang, kos refinance adalah tinggi dan tidak berbaloi jika hanya refinance untuk menutup baki pinjaman perumahan. Oleh itu, mereka juga cuba mendapat cash out dari refinance rumah dan mungkin menggunakan wang tersebut untuk membuat pelaburan yang memberi pulangan tinggi dari kadar faedah pinjaman perumahan.

Melissa berharap dengan penjelasan diatas dapat serba sedikit membantu tuan.

Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi kami di 012-6946746 ( bercakap dengan Mr. David)

Moga maklumat ini bermanfaat. Terima kasih.

Berminat untuk Refinance Rumah? Baca Artikel dibawah ini.
5 Cara Bijak Untuk Refinance Rumah 2020

Contact Us Today!

1 Step 1
Any Questions? Leave the details here. We'll contact you shortly.
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right