Sebelum anda refinance rumah, pernah tak terfikir apakah kebaikan dan kekurangan refinance rumah?
Ramai orang Refinance Rumah sebab nak dapat duit lebihan untuk bayar hutang-piutang yang tertangguh, ada yang refinance sebab nak beli rumah baru, renovate rumah atau macam-macam lagi sebab.
Okay, tak kiralah refinance rumah sebab apa, hari ini, Melissa nak bercerita sikit pasal Kelebihan Dan Kekurangan Refinance Rumah.
KELEBIHAN REFINANCE RUMAH 2023
a.Faedah Yang Lebih Rendah
Selalunya kadar faedah yang lama adalah lebih tinggi dibandingkan dengan kadar faedah sekarang.
Jika dahulu kadar faedah pinjaman perumahan anda mungkin 5-6%, tetapi sekarang kadar faedah pinjaman perumahan dalam lingkungan 4.30-4.70% (bergantung dengan bank mana dan loan amount). Oleh itu, ramai yang nak refinance rumah bila nampak kadar faedah yang rendah.
Apabila kadar faedah lebih rendah, hutang pinjaman perumahan kita pun cepat sikit habis dan kita pun dapat penjimatan juga.
b. Penggabungan Hutang
Ramai yang Refinance Rumah sebab hutang-piutang yang semakin banyak dan tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan yang tinggi.
Kebanyakkan hutang-hutang ini adalah dari pinjaman peribadi dan kad kredit. Pinjaman peribadi mempunyai tempoh pembayaran balik yang pendek, dalam tempoh 10,15 atau 20 tahun sahaja.
Manakala, pinjaman perumahan bank mampu memberi tempoh pinjaman yang lebih panjang sehingga 35 tahun.
Tempoh pinjaman yang panjang bermakna ansuran bulanan anda juga boleh menjadi lebih rendah dan kurang membebankan.
Oleh itu, ramai yang akan menggabungkan hutang-piutang mereka menjadi satu.
Hutang Kad Kredit atau pinjaman peribadi tadi akan diselesaikan oleh bank refinance, dan seterusnya anda hanya perlu membayar ansuran pada pinjaman rumah yang anda refinance rumah itu.
c. Duit Berlebihan
Ini yang paling syok sekali!
Disebabkan harga rumah semakin hari semakin tinggi, maka rumah yang anda beli 10 tahun lalu akan mempunyai “market value” yang tinggi juga.
Bila ada peningkatan “market value”, maka anda boleh membuat pinjaman yang lebih tinggi dan mendapat lebihan duit dari bank.
Duit lebihan itu anda boleh gunakan untuk bayar hutang, deposit beli rumah atau kereta atau untuk apa-apa sahaja.
KEKURANGAN REFINANCE RUMAH
a. Kos Refinance Rumah
Setiap refinance rumah yang anda buat dengan pihak bank, anda perlu membayar kos refinance.
Kos refinance adalah seperti lawyer fees dan valuation fees. Anggaran kos ini adalah dalam 2-3% daripada loan amount anda.
Walaupun kebanyakkan bank membenarkan kos refinance ini dipinjamkan, anda tetap harus membayar kos in sedikit demi sedikit setiap bulan.
Melissa ada menulis satu artikel dalam Bahasa Inggeris mengenai kos refinance rumah. Jika anda berminat bolehlah klik link dibawah ini.
https://malaysiahousingloan.com/cost-of-refinancing-malaysia/
b. Ansuran Bulanan Yang Semakin Tinggi
Ansuran bulanan menjadi lebih tinggi kerana ada dua sebab.
Satu anda membuat pinjaman yang lebih tinggi dari pinjaman lama.
Selalunya, bila buat refinance rumah. Anda akan membuat pinjaman yang lebih tinggi dari pinjaman lama, oleh itu ansuran bulanan boleh menjadi tinggi.
Dan yang kedua disebabkan tempoh pinjaman yang menjadi pendek.
Katakan dahulu, anda dapat membuat pinjaman sehingga 35 tahun tetapi disebabkan umur yang semakin meningkat, anda hanya boleh membuat tempoh pinjaman sehingga 30 tahun sahaja. Oleh itu, ansuran bulanan menjadi tinggi.
c. Tempoh Pinjaman Yang Lebih Pendek
Tempoh pinjaman menjadi lebih pendek kerana umur anda yang semakin meningkat.
Setiap bank mempunyai polisi yang menyatakan tempoh maksima hanya 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
Katakan, dahulu umur anda 35 tahun semasa buat pinjaman perumahan. Oleh itu, anda boleh mendapat tempoh pinjaman perumahan yang maksima iaitu 35 tahun. ( 35 + 35 = 70 tahun)
Tetapi, sekarang umur anda telah meningkat ke 40 tahun dan tempoh pinjaman maksima sekarang hanya 30 tahun. ( 30 + 40 = 70 tahun)
Dengan demikian, ansuran bulanan anda juga akan menjadi tinggi.
c. Risiko Penalti
Setiap bank suka meletakkan tempoh penalti semasa memberi pinjaman perumahan kepada pelanggan. Ini kerana, mereka ingin memastikan pelanggan tidak akan lari ke bank lain dalam tempoh tertentu.
Tempoh penalti selalunya dalam masa 3-5 tahun. Anda harus merujuk kepada Letter Offer bank atau menelefon bank anda untuk mengetahui tempoh tamat penalti anda.
Tetapi tidak semua pelanggan mempunyai penalti, selalunya jika anda mengambil produk Perbankan Islam, anda tidak mempunyai penalti.
Kos penalti adalah agak tinggi dan kebanyakkan masanya tidak berbaloi untuk dibayar adalah lebih baik anda menunggu sehingga tamat tempoh penalti sebelum anda refinance rumah.
Anda juga boleh rujuk artikel 5 Cara Bijak Untuk Refinance Rumah untuk mengetahui cara-cara Refinance Rumah yang lebih bijak.
LIKE, SHARE & FOLLOW US!
#malaysiahousingloan
Melissa Lee
Online Mortgage Consultant
Call or Whatsapp Us: 012-6946746
Leave A Comment