Ramai pemilik rumah memilih taktik refinance rumah untuk memperoleh wang tunai atau menikmati kadar faedah yang lebih rendah. Adakah kaedah ini sesuai untuk anda?

Sebelum kita membincang lebih lanjut mengenai Refinance Rumah, jom kita fahami apakah maksud Refinance Rumah yang sebenarnya?

MAKSUD REFINANCE RUMAH

Proses refinance rumah ataupun dikenali juga pembiayaan semula pinjaman perumahan melibatkan permindahan pembayaran pinjaman sedia ada ke bank yang baru dengan membuat pinjaman baharu ataupun membuat pinjaman baharu dengan bank yang sama tetapi dengan terma dan syarat berlainan.

3 SEBAB UTAMA ORANG REFINANCE RUMAH

Sesetengah orang melakukan Pembiayaan semula ataupun refinance rumah kerana sebab-sebab yang tertentu. Disini kami mengupas 3 sebab utama orang melakukan Refinance Rumah.

Sebab 1 : Menyatukan Hutang-hutang Yang Sedia Ada

Salah satu sebab utama orang melakukan refinance rumah adalah untuk menyatukan hutang-hutang yang sedia ada.

Mereka yang mempunyai pembayaran balik bulanan yang tinggi dari hutang pinjaman peribadi ataupun Kad Kredit agak suka Refinance Rumah.

Ini kerana pembiayaan semula dapat merendahkan pembayaran balik bulanan dengan tempoh pembayaran balik pinjaman perumahan yang panjang dan kadar faedah yang lebih rendah dibandingkan dengan pinjaman peribadi.

Sebagai contoh, jika pinjaman peribadi sekarang memerlukan pembayaran bulanan RM3000, dengan membuat refinance rumah, mungkin pembayaran balik hanya sebanyak RM1500 sebulan.

Sebab 2 : Untuk mendapat Modal Tunai

Memang betul, kita boleh mendapat Modal Tunai atau cash out dengan pembiayaan semula.

Bila harga rumah kita lebih tinggi dari harga beli dulu, maka kita boleh membuat pembiayaan semula dan mendapat modal tunai atau omputeh cakap cash-out.

Contohnya,

Tahun 2010 – Harga Rumah Masa Beli, RM200,000

Tahun 2020 – Harga Pasaran Rumah, RM400,000

Kenaikan sebanyak RM200,000.

Jika begini boleh buat Refinance Rumah. Sebabnya, anda mempunyai kenaikan harga pasaran yang tinggi.

Contohnya,

Jumlah Pinjaman Refinance Rumah yang anda boleh buat :

RM400,000 x 85% = RM340,000

Dari RM340,000, akan ditolak dengan baki hutang pinjaman perumahan anda. Katakan, baki ialah RM150,000. Oleh itu, jumlah wang tunai yang anda akan dapat ialah RM340,000 – RM150,000 = RM190,000.

Jumlah pinjaman : RM340,000

Baki pinjaman perumahan : RM150,000

Jumlah Modal tunai : RM190,000

Anda akan mendapat Modal tunai RM190,000.

Tetapi, Apa orang buat dengan Modal Tunai dari Refinance Rumah?

1. Beli Rumah Baru

Ramai yang suka mengambil Modal tunai ini untuk membeli rumah baru untuk membuat pelaburan. Seperti orang kata, guna duit untuk buat duit.

2. Beli Stok

Sejak pasaran Bursa Saham merundum, ramai investor menunggu masa yang sesuai untuk membeli stok yang murah. Ini adalah salah satu pelaburan yang dijangka akan membuahkan hasil pada masa akan datang.

3. Ubah Suai Rumah

Ramai yang juga gemar untuk mencantikkan atau membuat pengubahsuaian rumah. Kadang-kadang bukan apa, rumah yang dah lama atau yang uzur akan bertambah selesa untuk tinggal jika kita renovate sikit.

4. Simpanan Kecemasan

Dengan keadaan krisis ekonomi yang tidak menentu ini, ramai telah kehilangan pekerjaan dan ramai yang sebelum ini sekadar cukup-cukup makan, mungkin akan menghadapi masalah.

Wang kecemasan adalah sangat penting untuk disimpan. Jika anda tidak mempunyai simpanan kecemasan, modal tunai boleh dijadikan sebagai simpanan kecemasan.

5. Menyelesaikan Hutang-Hutang Lama

Ramai yang mengambil kesempatan untuk menyelesaikan hutang yang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi seperti hutang kad kredit ataupun hutang pinjaman peribadi.

Selalunya Akaun-akaun lain seperti kad kredit, dan personal loan mempunyai kadar interest yang tinggi dan membebankan.

Contohnya,

Hutang kad kredit: 18%,

Personal loan (Pembiayaan peribadi): 13%,

Loan kereta: 5%,

Loan rumah: 3.3%.

Bila mereka menggunakan cash out untuk menutup hutang-piutang tersebut maka cash flow akan menjadi positif dan mempunyai lebihan tunai. Maka, gaji bulanan tidak hanya habis membayar hutang-hutang ini.

Sebab 3 : Tambah Atau Keluarkan Nama Pasangan

Semasa pembelian rumah dahulu, mungkin gaji mereka dan pasangan tidak mencukupi. Maka mereka bergabung gaji untuk membeli rumah dan membuat pinjaman perumahan.

Tetapi, disebabkan pendapatan sekarang sudah stabil. Maka, suami atau isteri ingin mengeluarkan nama mereka dari pinjaman perumahan sedia ada.

“Selalunya, mereka berbuat demikian ada berkaitan dengan syarat Bank Negara yang menetapkan pinjaman perumahan ketiga hanya boleh mendapat 70% margin dari harga rumah.”

Maka, mereka terpaksa mengeluarkan salah satu nama dari pinjaman perumahan.

Contohnya,

Sepasang suami isteri membeli 2 rumah dan membuat pinjaman bersama untuk kedua-dua rumah.

Suami mempunyai 2 pinjaman perumahan.

Isteri juga mempunyai 2 pinjaman perumahan.

Sekiranya, sekarang mereka ingin membeli rumah baru. Pinjaman Perumahan yang dibenarkan hanyalah 70% dari harga rumah.

Oleh itu, mereka ingin mencari jalan penyelesaian untuk mendapat 90% bila membeli rumah baru.

Caranya, mereka memilih salah satu dari 2 pinjaman perumahan tersebut, dan membuat refinance ke bank lain dengan menggunakan satu nama sahaja.

Katakan, Suami membuat refinance ke bank lain. Maka, suami masih mempunyai 2 pinjaman perumahan dan isteri mempunyai 1 pinjaman perumahan sahaja.

Dengan demikian, isteri boleh membeli rumah baru dan mendapat 90% margin.

3 PERKARA WAJIB ANDA TAHU SEBELUM REFINANCE RUMAH

Jika anda berhasrat untuk meneruskan Refinance Rumah, anda wajib tahu 3 perkara ini.

A. Adakah Anda Layak Untuk Refinance Rumah?

Sebelum anda meneruskan hasrat untuk membuat pembiayaan semula, anda harus mencetak Laporan CCRIS.

Laporan CCRIS digunakan oleh pihak bank sebagai rujukan sebelum meluluskan permohonan pinjaman anda.

Jika anda mempunyai kelewatan pembayaran balik hutang-hutang yang sedia ada, laporan CCRIS akan menunjukkan kelewatan tersebut. Dan pihak bank mungkin akan menolak permohonan refinance rumah anda.

Langkah yang bijak yang harus anda buat ialah mendapat laporan CCRIS dahulu dan melihat samaada pinjaman sedia ada menunjukkan sebarang kelewatan.

Jika tidak, anda boleh meneruskan langkah seterusnya iaitu menghubungi pegawai bank ataupun kami di MalaysiaHousingLoan.com untuk mengira kelayakkan membuat refinance rumah.

Anda boleh menghubungi kami di 012-6946746 dan bercakap dengan Perunding Khidmat Nasihat Pembiayaan Kami, Encik David. Perkhidmatan ini adalah percuma untuk anda.

B. Berapakah Harga Pasaran Rumah Anda?

Jika anda calon yang sesuai untuk membuat pembiayaan semula, kami akan memperkenalkan pegawai-pegawai bank yang akan menolong anda.

Pegawai bank ini akan menolong anda untuk menyemak harga pasaran rumah. Anda harus memberi beberapa maklumat berkenaan rumah yang ingin di refinance.

Selepas mendapat pasaran rumah yang sesuai, pegawai bank akan memberi anggaran cash out ataupun modal tunai yang akan anda dapat.

Jika anda bersetuju dengan modal tunai yang diberi, kadar faedah bank dan terma-terma lain, maka anda boleh menyediakan dokumen untuk membuat permohonan pembiayaan semula.

C. Kos Refinance Rumah

Untuk membuat Refinance Rumah, anda harus membayar kos pembiayaan semula.

Kos refinance rumah adalah anggaran dalam 2-3% dari jumlah pinjaman perumahan yang baharu.

Contoh,

Jika anda membuat pinjaman baru sebanyak RM500,000, maka kos refinance rumah adalah anggaran RM500,000 x 2-3% = RM10,000-RM15,000.

Kos refinance rumah diatas boleh dimasukkan di dalam pinjaman perumahan baru. Oleh itu, anda tidak perlu mengeluarkan wang terlebih dahulu.

Anda harus membuat sedikit pertimbangan adakah berbaloi untuk membuat refinance rumah dengan adanya kos refinance ini?

Sebagai contohnya, jika cash out yang anda dapat hanya RM20,000. Tolak kos refinance RM15,000, baki yang anda dapat hanya RM5000.

Kos refinance yang lebih tinggi dari cash out menunjukkan anda tidak sesuai untuk refinance rumah.

Tetapi jika anda mendapat cash out sebanyak RM100,000, tolak kos refinance RM15,000, anda masih mempunyai RM85,000 cash out yang banyak, mungkin ini lebih berbaloi untuk anda membuat refinance rumah.

Kesimpulan :

  1. Kenal pasti sebab anda ingin membuat pembiayaan semula.
  2. Pastikan anda mencetak dahulu Laporan CCRIS sebelum membuat pembiayaan semula.
  3. Semak Kelayakan untuk Refinance Rumah dengan kami.
  4. Ketahui cash out yang anda akan dapat.
  5. Kira Kos Refinance Rumah anda.
  6. Pertimbangkan samaada anda sesuai untuk membuat pembiayaan semula.

Suka artikel ini? Anda juga mungkin akan menyukai artikel ini. Kelebihan Dan Kekurangan Refinance Rumah.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di 012-6946746 dan bercakap dengan Perunding Khidmat Nasihat Pembiayaan kami, Encik David. Perkhidmatan ini adalah percuma untuk anda.

Contact Us Today!

1 Step 1
Any Questions? Leave the details here. We'll contact you shortly.
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder