Pernah tak anda terfikir, jika anda membeli rumah subsale, berapakah kos beli rumah subsale tersebut?
Jika anda tidak pasti, mungkin artikel ini dapat membantu anda.
Soalan:
Hi.. Jika harga rumah subsale RM420k selain 10% Deposit, berapa lagi kos (cash) yang perlu dikeluarkan bagi first time home buyer.
Is there any exemption selain Stamp Duty?
Jawapan:
Hi, terima kasih atas soalan diatas.
Sebenarnya, apabila kita membeli rumah subsale ada dua kategori kos beli rumah subsale yang Melissa suka asingkan.
Nombor satu, Kos yang wajib.
Kos wajib ialah kos yang memang kena bayar bila kita membeli rumah subsale. Jika anda tidak membuat pembayaran ke atas kos-kos ini, mungkin transaksi pembelian rumah tidak akan dapat diteruskan.
Mari kita lihat senarai kos-kos wajib.
1.Deposit Rumah
Apabila anda membeli rumah, sedikit sebanyak anda memang kena bayar deposit kepada penjual rumah.
Jika anda mendapat pembiayaan sebanyak 90%, maka deposit yang kena bayar adalah 10% dari harga rumah.
Iaitu, RM420,000 x 10% = RM42,000.
Tetapi, jika anda mendapat 80% margin, maka deposit rumah akan menjadi 20%.
Ini adalah kos yang sangat penting untuk anda sediakan. Ramai yang menggunakan EPF untuk membayar kos ini.
2. Kos Peguam SPA
Untuk Perjanjian Jual Beli (SPA) dan yang sewaktu dengannya, anda harus menyediakan Kos peguam SPA.
Kos peguam SPA adalah termasuk kos profesional peguam, kos disbursement fees, kos duti setem dan service tax.
Anggaran kos ini adalah 3-4% dari harga rumah. Anda harus membayar tunai kepada peguam SPA semasa menandatangani Perjanjian Jual Beli.
Jika anda adalah first-time home buyer dan rumah berharga di bawah RM500,000, anda mungkin boleh memohon untuk mendapat stamp duty exemption.
Sebagai contohnya, jika kita ambil 3% sebagai Kos peguam SPA.
RM420,000 x 3%= RM12,600.
Untuk Rumah bernilai RM420,000, duti setem adalah RM7400.
Jika anda mendapat stamp duty exemption maka, kos peguam SPA hanya RM12,600 – RM7400 = RM5200.
3.Kos Peguam Bank
Jika anda mengambil pinjaman dengan bank, maka anda harus membayar kos peguam bank.
Kos peguam bank adalah termasuk kos profesional peguam, kos disbursement fees, kos duti setem dan service tax.
Anggaran kos ini adalah 2-3% dari harga rumah. Untuk kos peguam bank, kadang-kadang anda dapat membiayai bersama pinjaman perumahan tetapi ada juga bank yang tidak membenarkannya ataupun ada yang hanya membiayai sebahagiannya sahaja.
Sebagai contohnya, jika kita ambil 2% sebagai Kos peguam Bank.
RM378,000 x 2%= RM7560
Untuk loan pinjaman RM378,000 (margin 90%), duti setem adalah RM1890.
Jika anda mendapat stamp duty exemption maka, kos peguam bank hanya RM7560-1890 = RM5670.
4.Kos Laporan Penilaian (Jika beli rumah yang dah siap atau subsale)
Jika anda membeli rumah yang telah siap sepenuhnya. Setiap bank mewajibkan valuation report ataupun laporan penilaian rumah. Oleh itu, peminjam harus membayar kos tersebut.
Anggaran kos valuation report adalah dalam sekitar 0.50% dari jumlah pinjaman.
Kadang-kadang anda boleh memasukkan di dalam pinjaman perumahan tetapi ada juga bank yang menetapkan anda harus membayar secara tunai.
Sebagai contohnya, jika kita ambil 0.50% sebagai Kos valuation report.
RM378,000 x 0.50%= RM1890.
Maka, kos valuation report adalah RM1890.
KESIMPULANNYA
Jumlah kos wajib semasa membeli rumah subsale adalah seperti berikut.
10% Deposit: RM42,000
Kos Peguam SPA: RM5200
Kos Peguam Bank: RM5670
Kos Laporang Penilaian: RM1890
Jumlah Kos Beli rumah subsale: RM54,760 ( lebih kurang 13% dari harga rumah)
Jumlah penjimatan Duti Setem : RM7400 + RM1890 = RM9290
Nombor dua ialah kos beli rumah subsale yang penting tetapi bukan wajib.
Anda mungkin rasa kos ini penting sebab anda hendak keselesaan, anda hendak lebih murah atau ingin mendapat perlindungan.
1.Insuran MRTA atau MLTA.
Anda tidak perlu membeli insuran MRTA atau MLTA. Tetapi, seperti setiap insuran, MRTA dan MLTA juga mempunyai kelebihan dan memberi perlindungan kepada anda dan keluarga.
Dan jika anda membeli MRTA, kadar faedah yang dikenakan oleh bank mungkin akan lebih murah.
2.Kos Perbaiki rumah atau renovation.
Kos renovation bukan wajib tetapi untuk keselesaan mungkin anda akan membuat renovation.
Kos renovation adalah subjektif, ada yang malas nak renovate, terus cuci rumah dan terus masuk sahaja.
Ini semua, terpulang pada individu.
Tetapi, jika rumah tersebut mempunyai kerosakkan seperti kebocoran yang teruk, maka ini mungkin sesuatu yang wajib anda buat.
3.Kos Pindah
Kos pindah rumah hanya bila anda hendak memindah barang-barang di rumah lama ke rumah baru. Jika barang-barang yang ingin dipindah hanya sedikit, mungkin anda boleh memunggah sendiri.
4.Kos Beli Perabot dan benda-benda lain.
Bila pindah rumah baru, ramai yang nak rumah yang cantik dan selesa.
Rumah yang cantik dan selesa selalunya memerlukan budget.
Budget nak beli langsir, beli sofa, katil dan lain-lain lagi.
Ini juga terpulang kepada individu, kalau ada duit lebih boleh beli barang yang mahal sikit, jika tidak perlahan-lahan deko rumah.
Itu sahaja perkongsian Melissa hari ini, semoga artikel ini- Kos beli rumah subsale dapat membantu anda semasa pembelian rumah.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di 012-6946746 (David).
Suka artikel ini? Anda juga mungkin akan menyukai artikel ini.
Duti Setem Rumah
LIKE, SHARE & FOLLOW US!
#malaysiahousingloan
Online Mortgage Consultant
Call or Whatsapp Us: 012-6946746 (Talk to David)
Leave A Comment