Adakah anda keliru dengan pengiraan Flat Rate dan Effective Rate? Mungkin artikel ini dapat merungkaikan kekeliruan anda.

Bank dan firma kewangan menawarkan pelbagai jenis pinjaman untuk memenuhi keinginan produk kewangan pelanggan.

Sebilangan besar bank dan firma kewangan memberi pinjaman ke atas produk kewangan seperti pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, dan pinjaman pendidikan kepada pelanggan.

Kebanyakkan pegawai bank yang berurusan dengan anda, hanya memaparkan gambaran luaran tanpa memberi penjelasan yang lebih lanjut. Ini boleh menyebabkan anda kurang memahami produk kewangan yang beli.

Seperti contoh, kadar flat rate 3% yang ditawarkan oleh pinjaman peribadi sebenarnya adalah 5.5% kadar effective rate.

Tetapi adakah pegawai bank tersebut akan menerangkan kadar faedah sebenarnya pinjaman peribadi ini ialah 5.5% ? Jarang sekali.

Oleh itu, anda sebagai seorang pengguna harus mengambil inisiatif untuk lebih memahami konsep Flat rate dan Effective rate.

Apakah Flat Rate?

Flat Rate adalah pengiraan kadar faedah berdasarkan harga pinjaman asal. Kadar faedah Flat Rate adalah sama sahaja setiap bulan walaupun baki pinjaman berkurangan.

Sebagai contohnya, jika pinjaman asal ialah RM100k, kadar faedah yang dikenakan adalah 5% p.a. dan tempoh pinjaman ialah 10 tahun.

Maka dari tahun pertama hingga tahun ke sepuluh, pengiraan faedah adalah berdasarkan harga pinjaman asal RM100k.

Walaupun pada tahun kelima, baki pinjaman mungkin hanya berbaki sebanyak RM50k, tetapi pengiraan faedah yang dikenakan tetap berdasarkan harga pinjaman asal iaitu RM100k. Oleh itu, anda akan membayar faedah yang lebih tinggi dan banyak.

Pengiraan kadar faedah 5% keatas RM50k berbandingkan dengan pengiraan kadar faedah 5% ke atas RM100k, yang mana satukah akan memberi faedah yang lebih tinggi?

Sudah tentunya 5% ke atas RM100k kerana RM100k mempunyai nilai yang tinggi. Oleh itu, peminjam harus membayar faedah yang lebih banyak.

Mungkin anda berasa tidak adil, tetapi itu adalah pengiraan FLAT RATE yang diamalkan oleh semua bank di Malaysia.

Untuk pengiraan FLAT RATE, tiada kelebihan yang akan diberi selain berdasarkan budi bicara bank tersebut untuk memberi sedikit rebat jika anda melangsaikan pinjaman tersebut awal.

Flat Rate banyak digunakan untuk pinjaman kereta dan juga pinjaman peribadi.

Apakah Effective Rate?

Effective Rate adalah pengiraan kadar faedah berdasarkan baki pinjaman.

Dimana kadar faedah yang dikenakan mungkin akan berubah ataupun tetap tetapi konsep pengiraannya adalah tetap sama iaitu berdasarkan baki pinjaman dan bukan harga pinjaman asal seperti Flat Rate.

Sebagai contoh, jika anda membuat pinjaman perumahan untuk RM100k, kadar faedah 3% p.a dan untuk tempoh 30 tahun.

Setiap hari atau bulan ( berdasarkan daily or monthly rest) bank akan membuat pengiraan faedah ke atas akaun pinjaman perumahan anda berdasarkan baki pinjaman anda pada hari atau bulan tersebut.

Jika pada tahun kelima belas, baki pinjaman perumahan anda berbaki RM50,000. Maka, pengiraan faedah adalah berdasarkan baki RM50,000 dan bukan harga pinjaman asal RM100k seperti Flat Rate.

Dengan ini, ia memberi kelebihan kepada peminjam yang ingin membuat pembayaran awal dimana anda akan mendapat penjimatan faedah yang banyak.

Effective Rate banyak digunakan untuk produk pinjaman perumahan, komersial ataupun perniagaan.

Kadang-kadang pernah terjadi pegawai bank juga tidak dapat membezakan FLAT RATE dan EFFECTIVE RATE.

Sejujurnya selama 7-8 tahun Melissa bekerja di dalam bank, masih ramai pegawai bank yang juga tidak dapat membuat perbezaan ini. Mungkin tiada latihan yang secukupnya diberikan kepada mereka.

Sekarang anda dapat membezakannya, mungkin ini akan membantu dalam membuat keputusan semasa membeli produk kewangan bank.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di 012-6946746 dan bercakap dengan Perunding Khidmat Nasihat Pembiayaan, Encik David.

Suka artikel ini? Anda juga mungkin akan menyukai artikel ini.

TEKNIK DEBT CONSOLIDATION REFINANCING UNTUK MENGURANGKAN HUTANG

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

#malaysiahousingloan

MALAYSIA HOUSING LOAN

Online Mortgage Consultant

Call or Whatsapp Us: 012-6946746 (Talk to David)

Visit Our Website

Subscribe Our Youtube Channel

Follow us on Facebook

Contact Us

Have any Questions?
Fill up the contact form below. We will get back to you as fast as possible :)

To:
Quotation Will Send By Whatsapp.
Start Over