Soalan

Saya baru dapat kunci rumah bulan 11/19 boleh ke nak refinance?

Jawapan

Hi, terima kasih atas soalan tuan.

Setelah mendapat kunci rumah, tuan boleh refinance rumah. Tetapi, saya cadangkan tuan untuk memastikan samaada tuan sesuai atau tidak untuk refinance rumah.

SEMAK DULU MARKET VALUE

Dari soalan tuan, tuan baru sahaja mendapat kunci. Sekiranya, tuan membeli rumah dari pemaju atau penjual, dalam masa kurang dari setahun, selalunya harga atau value rumah tidak akan naik tinggi. Melainkan tuan mendapat diskaun yang banyak dari pihak pemaju atau membeli rumah yang murah dari penjual.

Jika value rumah tidak tinggi, cash out yang akan tuan dapat juga sedikit. Untuk mendapat kepastian, Tuan boleh menyemak market value rumah dengan pihak bank.

SEMAK PENALTI PINJAMAN PERUMAHAN

Disebabkan tuan baru sahaja mendapat kunci rumah, adalah dinasihati untuk menyemak status penalti pinjaman perumahan. Penalti pinjaman perumahan selalunya antara 3-5 tahun. Tuan boleh menghubungi pihak bank untuk mendapat kepastian.

SEMAK LAPORAN CCRIS

Sebelum refinance rumah, adalah lebih baik jika tuan mendapat laporan CCRIS dari bank negara. Dari Laporan CCRIS kami dapat menganalis samaada tuan sesuai untuk refinance atau tidak. Laporan CCRIS akan menunjukkan karakter pembayaran balik tuan dengan bank. Tuan harus mempunyai Laporan CCRIS yang cantik, pembayaran tuan harus menunjukkan 0 ( bayar mengikut jadual) atau hanya 1 ( lewat bayar 1 bulan).

MATLAMAT REFINANCE RUMAH

Tuan juga harus mempunyai matlamat untuk refinance rumah. Jika matlamat refinance rumah adalah untuk menyelesaikan hutang pinjaman peribadi. Pastikan matlamat tersebut tercapai bila membuat refinance rumah. Sesetengah orang, bermula dengan matlamat untuk membayar hutang-hutang yang berkadar faedah tinggi. Tetapi, setelah mendapat duit cash out, duit tersebut digunakan untuk membuat benda lain. Seperti, untuk meniaga atau meminjam kepada orang lain, dan apabila perniagaan gagal atau duit yang dipinjam tidak dipulangkan, akhirnya, mereka akan sengsara kerana hutang yang semakin banyak.

KOS REFINANCE RUMAH

Sebelum refinance rumah, tuan juga harus ketahui Kos refinance rumah. Kos refinance rumah adalah 3% dari harga pinjaman perumahan. Contohnya, tuan meminjam RM500,000. Anggaran kos refinance rumah lebih kurang RM500,000 x 3% = RM15,000. Kos ini termasuk fi peguam, duti stamp, fi disbursement dan fi valuation. Di sesetengah bank Kos refinance ini boleh dimasukkan sekali dengan pinjaman perumahan.

Melissa berharap dengan penjelasan diatas dapat serba sedikit membantu tuan.

Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi kami di 012-6946746 ( bercakap dengan Mr. David)

Moga maklumat ini bermanfaat. Terima kasih.

Berminat untuk membaca Artikel Refinance lain? Klik dibawah.
Kelebihan Dan Kekurangan Refinance Rumah 2020

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

 

#malaysiahousingloan

 

MALAYSIA HOUSING LOAN

Online Mortgage Consultant

Call or Whatsapp Us: 012-6946746 (Talk to David)

Visit Our Website

Subscribe Our Youtube Channel

Follow us on Facebook

1 Step 1
Any Questions? Leave the details here. We'll contact you shortly.
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right