Soalan

Hai Melissa.. Tq for sharing.. Boleh ke refinance rumah yg saya beli guna loan government (BPP/LPPSA).. ?? Kalo refinance Maybank ke Bank lain CIMB contohnya, atau Maybank ke Maybank memang boleh kan.. Dan kalo loan gov, BPP/LPPSA refinance ke mana2 bank pun boleh kan.. Tetapi boleh ke nak refinance loan gov ke loan gov..?? Tq..

Jawapan

Hi, terima kasih atas soalan tuan.

Pinjaman Perumahan Kerajaan boleh refinance ke bank-bank tempatan.Pinjaman bank-bank tempatan juga boleh refinance ke Pinjaman Perumahan Kerajaan tetapi hanya boleh refinance baki pinjaman sahaja.

Jika refinance rumah dari maybank ke maybank, selalunya kita tak panggil refinance. Selalunya dipanggil buat top up loan sahaja atau dengan kata lain membuat penambahan pinjaman perumahan sahaja. Prosesnya lebih senang dan cepat. Kecuali jika tuan ingin refinance pinjaman perumahan konvensional ke islamik dengan bank tempatan yang sama.

Saya tidak berpendapat tuan boleh refinance dari pinjaman kerajaan ke pinjaman kerajaan. Di laman web LPPSA hanya memberi 7 jenis pembiayaan, seperti berikut.

Jenis 1 : Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap
Jenis 2 : Membina Rumah Diatas Tanah Sendiri
Jenis 3 : Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Dalam Pembinaan
Jenis 4 : Membeli Tanah Dengan Tujuan Membina Rumah
Jenis 5 : Menyelesaikan Hutang Pinjaman Perumahan Daripada Bank/ Institusi Kewangan
Jenis 6 : Membina Rumah Diatas Tanah Yang Dibeli Melalui Pinjaman BPP/LPPSA
Jenis 7 : Membuat Kerja Ubahsuai Rumah Atau Petak Rumah Kediaman.

Melissa berharap dengan penjelasan diatas dapat serba sedikit membantu tuan. Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi kami di 012-6946746 ( bercakap dengan Mr. David). Moga maklumat ini bermanfaat. Terima kasih.

Berminat untuk Refinance? Baca Artikel Refinance dibawah.
Kelebihan Dan Kekurangan Refinance Rumah 2020

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

 

#malaysiahousingloan

 

MALAYSIA HOUSING LOAN

Online Mortgage Consultant

Call or Whatsapp Us: 012-6946746 (Talk to David)

Visit Our Website

Subscribe Our Youtube Channel

Follow us on Facebook

1 Step 1
Any Questions? Leave the details here. We'll contact you shortly.
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right