4 Kebaikan Refinance Rumah Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Sebelum anda Refinance Rumah cuba anda fahami kebaikan Refinance Rumah yang mungkin anda tidak tahu lagi.

Tahukah anda, anda boleh membuat refinance rumah dikebanyakkan bank di Malaysia seperti bank rakyat, cimb bank, maybank, bank islam, bank muamalat, hong leong dan sebagainya.

Refinance Rumah atau Pembiayaan Semula Rumah ialah satu konsep yang mungkin ramai sudah tahu. Tetapi, adakah anda tahu kebaikan Refinance Rumah?

Ada ketikanya mungkin kawan-kawan, rakan sepejabat atau ahli keluarga menyuruh untuk refinance rumah. Tapi anda agak was-was untuk berbuat demikian kerana tidak pasti tentang kebaikan Refinance rumah.

Jika begitu anda harus baca artikel ini- 4 Kebaikan Refinance Rumah Yang Mungkin Anda Tidak Tahu.

REFINANCE RUMAH

Refinance Rumah Untuk Mendapat Wang Tunai atau Cash-out

#1. Refinance Rumah Untuk Mendapat Wang Tunai atau Cash-out

Memang seronok bila refinance rumah boleh dapat aliran wang tunai atau omputeh cakap cash-out. Anda boleh menggunakan wang tunai tersebut untuk buat macam-macam seperti,

  1. Selesaikan hutang-piutang untuk merendahkan komitmen bulanan.
  2. Deposit Beli Rumah
  3. Beli Kereta
  4. Buat Rumah kat kampung
  5. Ubah suai rumah
  6. Membiayai yuran Pendidikan
refinance rumah 2020

Kadar Faedah Lebih Rendah

#2. Kadar Faedah Lebih Rendah

Bukan sahaja anda akan mendapat aliran wang tunai tetapi kadar faedah pinjaman perumahan anda mungkin akan lebih rendah dari pinjaman perumahan yang lama.

Jika kadar faedah pinjaman perumahan anda lebih rendah maka ini boleh menjimatkan wang anda dan anda boleh menggunakan wang lebihan untuk simpanan atau pelaburan masa hadapan.

refinance rumah 2019

Anda Boleh Menukar Produk Pinjaman Perumahan

#3. Anda Boleh Menukar Produk Pinjaman Perumahan

Dalam masa yang sama anda juga boleh menukar produk pinjaman perumahan anda.Katakan dahulu anda mempunyai pinjaman perumahan yang berkonsepkan konvensional, sekarang anda boleh menukarkannya kepada berkonsepkan Islam atau Islamic product. Anda juga boleh menukarkan dari semi-flexi ke full-flexi atau dari full-flexi ke semi-flexi.

Tahukan anda kebanyakkan produk berkonsepkan Islam adalah tanpa lock-in period? Maknanya anda tidak akan disekat oleh pihak bank sekiranya ingin menjual atau refinance rumah ke bank lain dalam masa terdekat?

kebaikan refinance rumah

Refinance Rumah Dengan Penyatuan Hutang

#4. Refinance Rumah Dengan Penyatuan Hutang

Refinance rumah dengan Teknik penyatuan hutang ataupun dipanggil debt-consolidation loan adalah satu konsep yang agak baru di Malaysia.

Teknik penyatuan hutang yang selalu kita dengar ialah anda boleh menyatukan semua hutang lain seperti personal loan, hutang kad kredit, hutang kereta atau hutang-piutang lain, seterusnya menggunakan wang tunai yang anda dapat menerusi Refinance Rumah untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Tetapi tahukah anda, ada lagi satu Debt Consolidation Loan yang baru. Dimana bank akan terus menyelesaikan semua hutang anda dengan bank lain tanpa melalui anda.

Teknik Debt Consolidation Loan ini ada kebaikannya dari segi pengiraan kelayakkan oleh bank. Di mana bank tersebut tidak akan mengira hutang-hutang yang diselesaikan sebagai commitment. Maka, pengiraan kelayakkan anda boleh menjadi lebih tinggi dan secara langsungnya anda boleh mendapat loan amount yang lebih tinggi.

Tetapi, Teknik Debt Consolidation Loan ini tidak dipromosi oleh semua bank. Hanya sebahagian bank sahaja mempunyai konsep ini. Jika anda ingin tahu dan mendapat maklumat lebih lanjut, cuba hubungi kami di 012-6946746.

Itulah 4 Kebaikan Refinance Rumah Yang Mungkin Anda Tidak Tahu dan jika anda berminat mengetahui Bagaimana nak refinance rumah? Klik disini.

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

#malaysiahousingloan

MALAYSIA HOUSING LOAN

Online Mortgage Consultant

Call or Whatsapp Us: 012-6946746

Visit Our Website

Subscribe Our Youtube Channel

Follow us on Facebook

1 Step 1
Any Questions? Leave the details here. We'll contact you shortly.
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right