Soalan:

Hai..sy nk tny jika ada masalah ptptn bole ke buat refinance rumah?

Jawapan:

Terima Kasih atas soalan tuan.

LAPORAN CCRIS YANG CANTIK

Untuk membuat Refinance Rumah, seseorang perlu mempunyai Laporan CCRIS yang cantik.

Laporan CCRIS adalah digunakan untuk menyemak status pembayaran balik peminjam. Jika peminjam mempunyai tunggakan dari segi apa-apa pinjaman ( termasuk PTPTN Loan), ia adalah agar sukar untuk membuat pinjaman perumahan terutamanya Refinance Rumah.

BAGAIMANA UNTUK REFINANCE RUMAH?

Saya berpendapat jika tuan ingin mendapat pinjaman perumahan dari bank pada masa hadapan, adalah lebih baik jika tuan selesaikan tunggakkan pinjaman PTPTN atau membuat penjadualan balik pinjaman PTPTN.

Ramai peminjam yang membayar tunggakkan dan membuat penjadualan balik pinjaman PTPTN berjaya mendapat pinjaman perumahan. Tetapi, di dalam Laporan CCRIS harus menunjukkan pinjaman PTPTN tiada tunggakkan, telah dijadualkan dan pembayaran balik bulanan tanpa tunggakkan dapat dilihat dalam laporan CCRIS. Sesetengah bank tempatan mungkin masih boleh mempertimbangkan permohonan tuan.

Apabila tuan telah membuat penjadualan dengan PTPTN pastikan segala dokumen disimpan baik agar apabila diperlukan oleh pihak bank, tuan dapat memberinya.

Selepas membuat penjadualan dan membayar pinjaman PTPTN sekurang-kurangnya 6 bulan, tuan boleh mencetak Laporan CCRIS dan dapatkan pendapat pegawai bank samaada permohonan refinance rumah dapat diluluskan.

Melissa berharap dengan penjelasan diatas dapat serba sedikit membantu tuan.

Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi kami di 012-6946746 ( bercakap dengan Mr. David)

Moga maklumat ini bermanfaat. Terima kasih.

Berminat untuk Refinance? Baca Artikel Refinance dibawah.
Kelebihan Dan Kekurangan Refinance Rumah 2020

Contact Us Today!

1 Step 1
Any Questions? Leave the details here. We'll contact you shortly.
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder