MyDeposit Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

/, Latest News and Update/MyDeposit Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

MyDeposit Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

Mydeposit Malaysia Application Had Closed On 30th June 2016

For More Information You Can Visit

http://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/397

http://www.kpkt.gov.my/index.php

 

Tidak Mencukupi Deposit Untuk membeli Rumah?

Kerajaan menawarkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) seperti yang pernah diumumkan dalam budget 2016.

Skim tersebut merupakan inisiatif terbaharu kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) membiayai kos deposit rumah yang merupakan salah satu daripada rungutan dalam kalangan pembeli rumah.

Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah.

Anda boleh membuat permohonan hari ini.

Permohonana Dibuka Mulai 6 April 2016 sehingga 30 Jun 2016.

INSENTIF KERAJAAN
Bantuan Deposit 10% daripada harga jualan @ Maksima RM30k, yang mana terendah.

MORATORIUM
Sekatan Penjualan : 10 tahun daripada tarikh Perjanjian Jual Beli ( S&P) ditandatangani.

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit

KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut :

Pemohon mestilah :

1. Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan;

2. Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah;

3. Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) ;

4. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.

5. Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN

Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :

1. Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).

2. Harga pembelian adalah antara RM80,000 hingga RM500,000

3. Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan

4. Deposit dibayar kepada akaun pemaju perumahan ) projek baharu atau akaun peguam jual beli pembeli (subsale)

Maklumat lanjut untuk memohon MyDeposit disini http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/content/mydeposit-write.html

HUBUNGI SISTEM PENGURUSAN PERUMAHAN NEGARA:

Cawangan Pengurusan Perumahan
– 03-8891 4025/ 03-8891 4054/ 03-8891 4012/ 03-8891 4062/ 03-8891 4460

Bahagian Teknologi Maklumat
– 03-8891 4478

Sekiranya anda berminat untuk membuat pertanyaan mengenai Pinjaman Perumahan, lawati laman web kami www.malaysiahousingloan.com

Like dan share Facebook page www.malaysiahousingloan.net untuk informasi terkini.

By | 2016-11-01T10:46:03+00:00 April 7th, 2016|Home Loan Library, Latest News and Update|0 Comments

About the Author:

Hey guys, thank you for coming here and check out our website. We have been doing this housing loan loan services more than a decade and i truIy feel old already. Our website is updated frequently. You can always find us at google+ or our youtube channel http://www.youtube.com/user/malaysiahousingloan. Along the years, we helped thousands of people with their home loan. Sometimes we felt our works is worthy because we help many people to get their dream house. Please come and engage our services. We promise to guide you through and be there when you need us. Until next time, Good Luck!

Leave A Comment