Yuran Guaman Beli Rumah Malaysia
Jika anda ingin membeli rumah, anda perlu menyediakan Yuran Guaman Beli Rumah.
Dalam suatu transaksi jual beli hartanah boleh jadi ada antara 1 hingga 3 peguam yang menguruskan keseluruhan transaksi tersebut.
Siapa Harus Melantik Peguam?
Sebagai Pembeli anda harus melantik seorang Peguam Hartanah untuk membuat Perjanjian Jual Beli.
Sekiranya anda memerlukan pinjaman bank, Bank akan melantik peguam bank untuk menguruskan Perjanjian Pinjaman.
Andai kata, Peguam Perjanjian Jual Beli adalah Peguam Panel Bank maka anda juga boleh melantik peguam tersebut membuat Perjanjian Pinjaman.
Ini dikira “2 in 1” lawyer. Satu lawyer untuk membuat dua dokumen.
Bagi pihak penjual, penjual sepatutnya melantik peguam sendiri. Tetapi ada juga penjual yang ingin jimat kos Yuran Guaman Jual Rumah, maka mereka mengguna Peguam yang sama dengan Pembeli.
Nota Penting
Tetapi, diingatkan jangan sesekali menggunakan peguam penjual kerana peguam penjual mungkin akan memihak pihak penjual dan bukan pembeli.
Kadang-kala ejen hartanah akan menyuruh anda menggunakan peguam mereka, tetapi eloknya gunalah peguam sendiri.
Sebabnya, anda tidak pasti peguam yang direkomen oleh ejen hartanah itu ialah peguam ejen atau peguam penjual. Dan anda juga tidak mahu syarat-syarat terma di dalam Perjanjian Jual Beli akan berpihak kepada Penjual.
” Perjanjian Jual Beli adalah Standard.” Ini tidak benar.
Setiap syarat-syarat dan terma di dalam Perjanjian Jual Beli boleh dirangka mengikut keperluan Pembeli dan Penjual. Oleh itu, anda harus melantik peguam yang boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan anda.
Anda juga harus tahu deposit 3.18% yang dibayar oleh anda kepada ejen hartanah adalah bayaran komisen ejen hartanah. 3.18% in sepatutnya adalah wang penjual tetapi penjual menggunakannya untuk membayar komisen ejen hartanah kerana menjual rumah tersebut.
Dari situasi ini, Penjual membayar komisen kepada ejen hartanah. Maka ejen hartanah sebenarnya bekerja dengan Penjual. Oleh itu, peguam yang direkomenkan mungkin juga ada berkaitan dengan penjual.
Tetapi mungkin juga tidak berkaitan. Anda tidak akan tahu sepenuhnya. Baiknya anda melantik sendiri peguam anda supaya proses pembelian rumah boleh berjalan lancar.
Berapakah Kos Yuran Guaman Beli Rumah?
YURAN GUAMAN PERJANJIAN JUAL BELI
Kos yuran guaman beli rumah ini adalah untuk menyiapkan Perjanjian Jual Beli.
Kos yuran guaman boleh dibahagikan kepada empat bahagian.
a. Profesional Fi
Kos profesional Fi adalah berdasarkan jadual dibawah.
Untuk RM500,000 yang Pertama, 1.25%
Untuk Jumlah yang seterusnya, 1%
Contohnya, Harga rumah RM600,000.
Untuk RM500,000 yang pertama, 1.25% = RM62500
Untuk RM100,000 yang berikutnya, 1% = RM1000
Total Profesional Fi ialah RM7250
b. Stamp Duty / Duti Setem
Kos duti setem ialah berdasarkan jadual dibawah.
RM100,000 yang pertama, 1%
RM100,001 hingga RM500,000, 2%
RM500,001 hingga RM1,000,000, 3%
RM1,000,001 hingga RM2,500,00, 4%
Contohnya, harga rumah RM600,000
Untuk RM100,000 pertama, 1% = RM1000
Untuk RM400,000 seterusnya, 2% = RM8000
Untuk RM100,000 seterusnya, 3% = RM3000
Total Duti Setem ialah RM12,000
c. Disbursement Fees
Disbursement Fees adalah kos untuk membuat carian tanah dan kos yang terlibat dalam menyiapkan pindahmilik hartanah tersebut.
Anggaran kos adalah dalam RM1000- RM1500.
d. Sales & Service Tax 6%.
Sales & Service Tax adalah 6%. Kos ini akan dicaj pada profesional fi dan beberapa kos dibawah disbursement fees.
Adakah anda ingin mendapat Quotation Perjanjian Jual Beli ?
Klik link dibawah.
https://malaysiahousingloan.net/legal-fees-calculator/
YURAN GUAMAN PERJANJIAN PINJAMAN
Yuran Guaman Perjanjian Pinjaman agak serupa dengan Perjanjian Jual Beli.
Bezanya terletak pada duti setem dan beberapa dokumen yang perlu disiapkan.
a. Profesional Fi
Kos profesional Fi adalah berdasarkan jadual dibawah.
Untuk RM500,000 yang Pertama, 1.25%
Untuk Jumlah yang seterusnya, 1%
Contohnya, Harga Pinjaman RM600,000.
Untuk RM500,000 yang pertama, 1.25% = RM6250
Untuk RM100,000 yang berikkutnya, 1% = RM1000
Total Profesional Fi ialah RM7250
b. Stamp Duty / Duti Setem
Kos duti setem untuk Perjanjian Pinjaman ialah 0.50% x Harga Pinjaman.
Contohnya, harga pinjaman RM600,000
RM600,000 x 0.50% = RM3,000
Total Duti Setem ialah RM3,000
c. Disbursement Fees
Disbursement Fees adalah kos untuk membuat carian tanah dan kos yang terlibat dalam menyiapkan gadaian hartanah tersebut.
Anggaran kos adalah dalam RM1700- RM1800.
d. Sales & Service Tax 6%.
Sales & Service Tax adalah 6%. Kos ini akan dicaj pada profesional fi dan beberapa kos dibawah disbursement fees.
Adakah anda ingin mendapat Quotation Perjanjian Pinjaman?
Klik link dibawah.
https://malaysiahousingloan.net/legal-fees-calculator/
Bilakah Anda Harus Melantik Peguam hartanah?
Anda harus melantik Peguam hartanah bergantung kepada dua situasi.
a. Situasi 1 – Jika Pembeli Membeli Rumah Terus Dengan Penjual
Dalam situasi ini, anda seharusnya melantik peguam sebaik sahaja anda dan penjual bersetuju untuk meneruskan transaksi jual beli ruman.
Ini kerana, anda memerlukan seorang peguam untuk membuat perbincangan yang lebih mendalam dengan penjual atau peguam penjual sebelum anda membayar deposit.
Dan Peguam tersebut juga perlu memastikan penjual adalah penjual yang sebenar dan mempunyai hak mutlak terhadap rumah tersebut.
b. Situasi 2 – Jika Pembeli Membeli Rumah Melalui Ejen Hartanah
Sekiranya Pembeli membeli melalui ejen hartanah, anda perlu membayar deposit kepada ejen hartanah.
Praktis agensi ni juga seragam yang mana anda akan tandatangan surat tawaran kepada pemilik.
Dalam surat tersebut terdapat terma-terma yang melindungi hak Pembeli tetapi adalah tidak mencukupi. Adalah lebih baik anda menambah terma-terma anda di surat tawaran itu juga.
Seperti jika pinjaman anda tidak diluluskan, apa akan terjadi dengan deposit itu?
Atau barang- barang rumah atau perabot yang disetujui.
Jika belian dibuat melalui cara ini, anda boleh melantik peguam setelah pinjaman anda diluluskan.
Dalam fasa ini tugas peguam adalah untuk menyiapkan perjanjian jual beli untuk ditandatangai.
Nak Dapatkan Khidmat Peguam Hartanah Yang Ikhlas dan Jujur?
Kami di MalaysiaHousingLoan mempunyai beberapa Firma Guaman yang amat reputasi dan menjadi panel peguam bank untuk beberapa bank di Malaysia.
Mereka telah beroperasi sekurang-kurangnya 15 tahun. Mereka adalah antara firma guaman yang telah ditapis oleh kami. Kami percaya mereka jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas.
Nak dapatkan khidmat mereka boleh isi borang di bawah.
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat untuk bakal pembeli rumah.
Tuan Puan juga boleh rujuk artikel TAKUT TERTIPU DENGAN PEGUAM? CARA MEMILIH PEGUAM HARTANAH untuk memahami proses membeli rumah dan sebagainya.
LIKE, SHARE & FOLLOW US!
#malaysiahousingloan
Online Mortgage Consultant
Call or Whatsapp Us: 012-6946746
Request A Free Quotation From Us Today
Quotation For
-
SALE AND PURCHASE AGREEMENT MALAYSIA
-
LOAN AGREEMENT MALAYSIA
-
TRANSFER OF PROPERTY MALAYSIA
-
TRANSFER OF PROPERTY BY LOVE AND AFFECTION MALAYSIA
-
AUCTION PROPERTY MALAYSIA
-
SELLER QUOTATION FOR SUB SALE PROPERTY MALAYSIA
Leave A Comment