Ada satu client nie, dia ada rumah dan rumah tersebut dibawah namanya.

Sekarang dia nak transfer nama rumah ke isterinya.

Mungkin, dia kurang faham pasal prosedur jual beli rumah.

Dan mungkin juga dia asyik dengar orang cakap jual rumah kena appoint agen rumah.

So, dia pun engage agen rumah.

Bayar agen rumah RM5k.

Untuk jual rumah ke isteri.

Terkejut bila kami dengar dia buat begitu.

Tapi itulah realitinya.

Mungkin agen rumah rasa ini peluang untuk buat duit juga.

Apa-apa pun, bila kita kurang faham atau kurang ilmu mengenai sesuatu prosedur, mesti ada yang akan mengambil kesempatan.

Itulah lumrah hidup.

Oleh itu, banyakan membaca atau jika anda tidak pasti, boleh hubungi kami. Kami akan membantu setakat yang mampu.

Sebenarnya, client ini tidak perlu cari agen rumah.

Dia hanya perlu cari lawyer rumah sahaja.

Kalau nak buat pinjaman, boleh walk-in bank.

Dan transfer diantara suami dan isteri tak payah buat SPA.

SPA akan kena bayar duti setem penuh.

Buat sahaja Memorandum of Transfer (MOT).

Duti setem tak payah bayar.

Tetapi hanya sesetengah bank sahaja yang nak bagi pinjaman jika dibawah MOT.

Kena ada cara dan tekniknya nak buat cara MOT.

Banker dan lawyer pun kena berpengalaman.

Salah langkah, mungkin akan pening sikit.

Walaupun cara ini nampak susah sikit, tetapi anda dapat jimat banyak duit.

Kami memang dah banyak buat kes begini.

Kesian bila tengok ada client yang kena bayar extra macam nie.

RM5k nak cakap besar taklah besar sangat tapi duit tetap duit.

Kami berharap dapat memberi kesedaran kepada sesiapa yang nak buat transfer rumah atau yang dah ada rumah.

Jangan appoint agen rumah bila anda nak transfer rumah ke sesiapa yang anda kenal.

Cari peguam hartanah ataupun anda boleh hubungi kami di 012-6946746 ( David).

Kami akan cuba memberi nasihat dan tips-tips cara nak buat.

Sila share kepada kawan kawan anda.

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

#malaysiahousingloan

MALAYSIA HOUSING LOAN

Online Mortgage Consultant

Call or Whatsapp Us: 012-6946746 (Talk to David)

Visit Our Website

Subscribe Our Youtube Channel

Follow us on Facebook

Contact Us

Have any Questions?
Fill up the contact form below. We will get back to you as fast as possible :)

To:
Quotation Will Send By Whatsapp.
Start Over