Soalan:

Hai Melissa… sya nak buat refinance dari LPPSA ke bank2 tempatan… da bayar rumah 10 tahun dlm tpoh 30 tahun. baki hanya rm173k.. market value rumah rm350k. Adakah berbaloi sya refinance utk settle hutang peribadi?

Jawapan:

Hi, terima kasih atas soalan anda.

Jika anda ingin Refinance dari LPPSA ke bank lain, anda boleh boleh mempertimbangkan fakta-fakta dibawah.

1. Perpindahan dari LPPSA ke bank lain mempunyai kos yang perlu dibayar.

Contohnya, kos peguam, duti stamp dan valuation. Kos-kos ini anggaran dalam 3% dari harga pinjaman.

Contoh,
Market value RM350,000
Maximum loan mungkin dalam 85%, RM297,500
RM297,500 x 3% ( kos refinance) = RM8925

RM297,500 – RM173,000 = RM124,500 cash out yang boleh dapat.

Kos refinance RM8925, anda hendaklah mempertimbangkan samaada berbaloi untuk mengeluarkan kos ini untuk refinance atau tidak.

Dan cash out RM124,500, samada mencukupi untuk menutup personal loan.

2. Kadar Faedah LPPSA adalah lebih rendah dari kadar faedah bank-bank tempatan.

Mungkin di masa sekarang kadar faedah bank-bank tempatan nampak lebih murah, tetapi untuk jangka masa yang panjang, kadar faedah LPPSA adalah lebih rendah kerana bank-bank tempatan boleh menaikan kadar faedah mereka apabila ekonomi Malaysia bertambah baik.

3. Anda juga harus membuat perbandingan kadar faedah pinjaman peribadi dengan pinjaman perumahan.

Kirakan berapa perbezaannya dan berapa penjimatan kadar faedah. Jika penjimatan anda adalah lebih banyak dari harga kos refinance mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk refinance rumah.

4. Cuba list down kebaikan dan keburukan refinance di atas kertas.

Fikir dan pertimbangan yang mana lebih baik atau yang mana lebih penting.

Contoh,
Jika instalment pinjaman peribadi adalah sangat tinggi, mungkin RM3000
Tetapi bila buat refinance, instalment hanya RM2000.
Maka ada penjimatan RM1000 setiap bulan.
Dan dengan penjimatan RM1000, anda mungkin boleh bernafas sikit ataupun settle hutang-hutang lain.

Dahulu Melissa pernah mempunyai hutang-hutang Kad Kredit yang banyak juga. Tetapi disebabkan refinance rumah, Melissa berjaya menyatukan hutang-hutang lama dan hanya focus membayar satu hutang dan instalment pun menjadi rendah. Bila komitment dah rendah, lebih senang untuk mengawal kewangan kita.

Dan yang paling penting, kita kena belajar dari kesilapan lepas supaya ia tidak akan berulang lagi.

Melissa harap nasihat ini dapat membantu anda serba sedikit dan jika anda ingin membaca artikel lain – 5 Cara Bijak Untuk Refinance Rumah 2020

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

#malaysiahousingloan

Melissa Lee
Online Mortgage Consultant
Call or Whatsapp Us: 012-6946746 (talk to Mr. David)

Visit Our Website

Subscribe Our Youtube Channel

Follow us on Facebook

1 Step 1
Any Questions? Leave the details here. We'll contact you shortly.
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right