Panduan lengkap untuk memahami yuran guaman beli rumah – apa yang ia merangkumi, bagaimana ia dikira dan mengapa ia penting dalam proses pembelian rumah. Semua yang anda perlu tahu tentang yuran guaman untuk membuat keputusan pembelian rumah yang lebih bijak dan berinformasi.

Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap individu, dan proses membeli rumah adalah satu langkah penting dalam merealisasikan impian tersebut.

Namun, proses pembelian rumah bukan sahaja melibatkan harga beli, tetapi juga sejumlah kos lain yang perlu diambil kira. 

Salah satu perkara penting yang perlu difahami dalam proses pembelian rumah adalah yuran guaman.

Ia merupakan salah satu elemen kos yang mungkin tidak banyak diketahui tetapi penting untuk memahami.

Baru-baru ini, ada perubahan dalam struktur yuran guaman beli rumah dan yuran guaman pinjaman ini. 

Dalam artikel ini, kita akan berkongsi mengenai yuran guaman beli rumah dan yuran guaman pinjaman, serta perubahan terkini dalam struktur yuran ini.

Jom kita kaji lebih lanjut.

yuran guaman beli rumah

Apakah Yuran Guaman dan Kenapa Ia Penting?

Yuran guaman adalah yuran yang harus dibayar oleh pembeli kepada peguam yang mengendali surat cara perjanjian jual beli atau perjanjian pinjaman. 

Ia adalah kos penting dalam proses transaksi hartanah. Pembeli dan penjual digalakkan melantik peguam sendiri bagi menjaga kepentingan masing-masing dalam proses ini.

Ketelusan dalam proses pembelian dapat dipastikan dengan melantik peguam sendiri dan tidak menggunakan peguam dari penjual atau ejen hartanah. 

Struktur Yuran Guaman yang Lama dan Baru

Sebelum kita melihat bagaimana cara mengira yuran guaman, marilah kita fahami dulu struktur yuran guaman yang lama dan yang baru.

Struktur yuran guaman lama adalah seperti berikut:

RM500,000 yang pertama: 1% (tertakluk kepada jumlah minimum RM 500)

RM500,000 yang seterusnya: 0.8%

RM2,000,000 yang seterusnya: 0.7%

RM2,000,000 yang seterusnya: 0.6%

RM2,500,000 yang seterusnya: 0.5%

Namun, mulai 15hb Julai 2023, struktur yuran guaman telah berubah:

RM500,000 yang pertama: 1.25% (tertakluk kepada jumlah minimum RM 500)

Jumlah seterusnya: 1%

Yuran guaman diatas adalah terpakai kepada yuran guaman beli rumah dan yuran guaman perjanjian pinjaman.

yuran guaman beli rumah

Cara Mengira Yuran Guaman

Bagaimana kita mengira yuran guaman? 

Berikut adalah contoh pengiraan yuran guaman dengan harga rumah RM600,000, mengikut struktur yuran guaman yang lama dan baru.

Mengikut struktur yuran guaman yang lama:

Untuk RM500,000 yang pertama: RM500,000 x 1% = RM5000

Untuk RM100,000 yang seterusnya: RM100,000 x 0.8% = RM800

Jadi, jumlah yuran guaman dahulu adalah RM5000+RM800 = RM5800

Mengikut struktur yuran guaman yang BARU:

Untuk RM500,000 yang pertama: RM500,000 x 1.25% = RM6250

Untuk RM100,000 yang seterusnya: RM100,000 x 1% = RM1000

Jadi, jumlah yuran guaman sekarang adalah RM6250+RM1000 = RM7250

Perbezaan Yuran Guaman Lama dan Baru

Dari contoh di atas, kita boleh lihat perbezaan antara yuran guaman lama dan baru:

Yuran guaman baru: RM7250

Yuran guaman lama: RM5800

Perbezaan: RM1450

Perbezaan ini mungkin tidak nampak besar bagi sesetengah orang, tetapi ia perlu diambil kira dalam anggaran kos keseluruhan pembelian rumah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, memahami struktur dan pengiraan yuran guaman adalah penting dalam memastikan anda mendapatkan gambaran yang jelas tentang semua kos yang terlibat dalam proses pembelian rumah. 

Dengan pengetahuan ini, anda akan dapat membuat keputusan yang lebih baik dan merancang dengan lebih baik untuk pembelian rumah anda.

Anda memerlukan bantuan untuk mengira yuran guaman? 

Jangan ragu untuk menghubungi kami. 

Kami berada di sini untuk memberikan sebut harga percuma dan membantu anda menjernihkan segala kekeliruan mengenai yuran guaman dalam proses pembelian rumah anda.

Jom wasap kami! 

Whatsapp: https://wa.me/+60126946746

Sebelum anda pergi, baca artikel ini:

Panduan Refinance Rumah Anda: 3 Tips Penting Yang Anda Harus Tahu

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

#malaysiahousingloan

MALAYSIA HOUSING LOAN

Online Mortgage Consultant

Call or Whatsapp Us: 012-6946746 (Talk to David)

Subscribe Our Youtube Channel

Follow us on Facebook

malaysia housing loan the best advice

Request A Free Quotation Now!

  • SALE AND PURCHASE AGREEMENT MALAYSIA

  • LOAN AGREEMENT MALAYSIA

  • TRANSFER OF PROPERTY MALAYSIA

  • TRANSFER OF PROPERTY BY LOVE AND AFFECTION MALAYSIA

  • AUCTION PROPERTY MALAYSIA

  • SELLER QUOTATION FOR SUB SALE PROPERTY MALAYSIA

No worries, we will get back to you soon!

FILL UP THE FORM

1 Step 1

We Will Get Back To You As Fast As Possible. Thank You.

keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right

***( For This Moment, The Quotation Services Are Available For Property in Kuala Lumpur , Putrajaya , Cyberjaya , Selangor , Johor , Penang, Kedah , Melaka , Negeri Sembilan , Pahang & Perak only)