Patutkah saya menyelesaikan dulu proses strata title sebelum menjual rumah?

Proses strata title sebenarnya dipanggil “perfection of transfer” (POT) dan “perfection of charge” (POC). Ada yang tidak tahu mereka perlu membuat POT dan POC selepas membeli rumah.

Saya suka follow FB page yang memberi manfaat kepada viewer.

Ada salah satu FB page ini, memang ramai yang suka komen.

Dan saya suka membaca komen-komen tersebut.

Salah satu komen itu, bertanya soalan begini.

” Katakan rumah sudah habis lock in period and saya plan nak jual. Dalam masa yang sama strata title dah keluar dan masih belum selesai. Patutkah saya menyelesaikan dulu process strata title itu ataupun pass kepada new buyer sahaja? atau yang mana lebih memudahkan proses jual beli nanti.tq.”

Saya suka menjawab komen ini.

Perasaan saya seolah-olah seperti masa sekolah dulu, cikgu tanya, ” siapa boleh bagi jawapan ini? “

Dan mesti ada kawan sekolah yang pandai akan mengangkat tangan dan menjerit, ” saya! saya!”

Itulah perasaan saya bila mendapat soalan ini.

FAHAMI SOALAN TERSEBUT

Mula-mula saya nak memberi penerangan sikit tentang soalan ini.

Sebab mungkin ada yang tidak faham.

Jika anda membeli rumah master title dari pemaju ataupun penjual, akan ada dimasa hadapan yang anda harus melalui satu proses “Perfection of Transfer” (POT) dan ” Perfection of Charge” (POC) apabila strata title ataupun individual title dah keluar.

Proses ini sebenarnya memberi manfaat dari segi undang-undang kepada anda sebagai pemilik rumah tersebut, tetapi yang tak syok, anda terpaksa mengeluarkan wang sedikit untuk membuat proses POT dan POC.

Diartikel ini saya ada menceritakan serbasedikit tentang POT dan POC. Tetapi artikel ini adalah di dalam bahasa inggeris.

https://malaysiahousingloan.net/perfection-of-transfer-perfection-of-charge/

Menurut pemahaman saya, komen tersebut mengatakan rumah yang diduduki telah habis lock in period. Maksudnya, rumah tersebut boleh dijual tanpa dikenakan penalti oleh bank. Dan itu juga bermakna rumah tersebut masih dibawah pinjaman bank.

Komen tersebut juga mengatakan strata title rumah tersebut telah keluar dan pemilik masih belum melalui proses POT dan POC.

Sekarang, pemilik ingin menjual rumah tersebut patutkah dia menyelesaikan proses POT and POC sebelum menjual rumah?

Ini adalah jawapan saya.

Bila anda membeli rumah yang masih dibawah master title, pemaju akan memegang hak mutlak keatas geran tanah tersebut.

Oleh itu, walaupun anda adalah pemilik rumah tersebut, anda masih perlu melalui pihak pemaju dan mendapatkan keizinannya.

Anda perlu mendapatkan keizinan pemaju untuk membuat transaksi seperti pindahmilik, refinance atau segala urusan berkaitan rumah tersebut.

Selalunya, pihak pemaju akan memberi jawapan samaada boleh membuat direct transfer atau tidak.

DIRECT TRANSFER

Direct transfer bermakna pemaju akan direct membuat penukaran strata/individual title ataupun memindahkan rumah tersebut ke nama pembeli baru. Dan rumah tersebut akan terus diregisterkan ke atas nama pembeli baru.

Dengan membuat direct transfer, penjual tidak perlu melalui proses dimana pemaju perlu memindah milik rumah tersebut ke nama penjual dahulu. Maka, bolehlah penjual skip satu proses yang akan menjimatkan masa dan kos beliau.

Jika pemaju tidak memberi kebenaran untuk direct transfer, maka penjual harus melalui proses pemindahan strata/individual title ke namanya dahulu sebelum ke nama pembeli baru.

Selepas rumah itu telah diregister dinama penjual, barulah ia boleh dipindah milik ke pembeli baru.

Proses ini akan memakan masa yang lebih panjang dan juga melibatkan kos yang lebih tinggi.

Jika rumah tersebut adalah berstatus geran Leasehold, maka prosesnya akan bertambah panjangnya.

Ini kerana, rumah leasehold perlu mendapatkan consent dari Pejabat Negeri dan consent itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2-3 bulan.

Kadang-kadang proses keseluruhan boleh berlanjutan sehingga setahun atau lebih.

Dalam keadaan yang kita hadapi sekarang, dengan adanya Covid dan juga pandemik, ia merumitkan lagi proses pindahmilik. Oleh itu, anda kena banyak bersabar.

Direct transfer adalah lebih ideal, ini kerana ia menjimatkan duit dan masa penjual. Sayangnya, pilihan bukan ditangan penjual.

Bagaimana ingin mengetahui samaada pemaju membenarkan direct transfer?

a. Selalunya Peguam Perjanjian Jual Beli yang baru akan menghantar surat ke pemaju untuk mendapat kepastian. Dan pemaju akan membalas didalam surat mereka samaada direct transfer dibenarkan atau tidak.

b. Ataupun anda boleh menelefon pihak pemaju untuk medapat kepastian. Kadang-kadang mereka boleh memberi sedikit informasi melalui telefon tetapi adalah lebih baik sekiranya segala komunikasi melalui surat-menyurat ataupun emel.

JIKA SAYA ADALAH PENJUAL TERSEBUT, SAYA AKAN BERBUAT SEPERTI INI.

a. Emel ataupun menelefon pihak pemaju dan bertanyakan tentang direct transfer. Samaada pihak pemaju membenarkan atau tidak. Jika mereka dapat memberikan jawapan bahawa direct transfer dibenarkan maka saya akan meminta mereka reply melalui emel. Untuk menyimpan sebagai bukti.

b. Saya juga akan memastikan tiada penalti fi yang akan dikenakan oleh pemaju jika saya lambat membuat POT dan POC.

c. Selepas itu saya akan mencari pembeli untuk membeli rumah saya.

d. Apabila saya menjumpai pembeli, saya akan menyuruh peguam saya untuk menghantar surat rasmi ke pihak pemaju untuk medapat kepastian mengenai direct transfer.

e. Selepas mendapat surat balasan dari pihak pemaju, baru saya menyuruh peguam untuk mendraft Perjanjian Jual Beli.

f. Kalau Pemaju tidak membenarkan direct transfer. Maka, saya akan membuat POT dan POC dulu. Sambil itu saya akan mencari pembeli untuk membeli rumah.

Okay, sampai disini sahaja perkongsian saya hari ini. Saya harap ia memberi manfaat kepada anda semua.

Jangan lupa share kepada kawan-kawan atau pun keluarga anda.

Anda masih mempunyai soalan mengenai Perfection of Transfer dan Perfection of charge? Jangan risau, hubungi kami di +6012-6946746 ( David).

Suka artikel ini? Anda juga mungkin akan menyukai artikel ini.

Understand the Perfection of Transfer (POT) & Perfection of Charge ( POC ) in just 10 minutes.

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

#malaysiahousingloan

MALAYSIA HOUSING LOAN

Online Mortgage Consultant

Call or Whatsapp Us: 012-6946746 (Talk to David)

Visit Our Website

Subscribe Our Youtube Channel

Follow us on Facebook

Contact Us

Have any Questions?
Fill up the contact form below. We will get back to you as fast as possible :)

To:
Quotation Will Send By Whatsapp.
Start Over