Siapa pernah refinance rumah? Refinance rumah adalah satu process yang agak lama, kalau nak dikira dari hari pertama anda menghantar borang permohonan ke bank sehingga anda complete seluruh transaksi.
Masa yang diambil mungkin dalam 5-7 bulan sehingga anda mendapat cash out atau duit lebihan. Kadang-kala, rumah leasehold mengambil masa yang lebih panjang.
Hari ini Melissa akan bincangkan anggaran timeframe untuk refinance rumah supaya anda faham dan boleh bersedia bila refinance rumah nanti.
1. Rumah LEASEHOLD yang mempunyai geran individu ataupun strata.
Rumah leasehold yang telah keluar geran rumah individu atau strata, dan telah berdaftar nama tuan punya, akan mengambil sekurang-kurangnya 6-7 bulan untuk complete siap transaksi refinance.
Ini kerana, rumah leasehold yang bergeran perlulah mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri sebelum melakukan sebarang transaksi.
Kelulusan pihak berkuasa negeri, mengambil masa yang lama. Setiap negeri mempunyai masa yang berbeza untuk meluluskan consent ini. Tetapi, standardnya, consent ini mengambil masa 1-3 bulan. Dahulu Melissa pernah dengar, ada yang mengambil masa sehingga 6 bulan hanya untuk mendapatkan consent.
Ini adalah salah satu kekurangan membeli rumah leasehold dari rumah freehold.
2. Rumah FREEHOLD yang mempunyai geran individu ataupun strata
Rumah yang telah keluar geran rumah, telah berdaftar nama tuan punya dan freehold, akan mengambil sekurang-kurangnya 3-5 bulan untuk complete semua transaksi.
Kebanyakkan rumah freehold tidak perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri. Tetapi, ada juga yang perlu mendapat kelulusan. Mana-mana yang perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa negeri, masa complete transaksi adalah sama seperti rumah leasehold, iaitu 6-7 bulan.
3. Rumah FREEHOLD & LEASEHOLD yang masih master title
Rumah-rumah yang masih belum mendapat geran dan masih di bawah master title, tidak kiralah freehold atau leasehold, process yang diambil adalah dalam 3-5 bulan.
Ini kerana dibawah master title, pihak bank hanya perlu mendapat confirmation letter dari pihak pemaju sahaja.
Tetapi, perlu diingat masa yang Melissa nyatakan hanyalah anggaran sahaja. Mungkin juga ada faktor faktor lain yang bolehkan melambatkan ATAU mencepatkan process refinance rumah.
Melalui pengalaman Melissa, ada beberapa faktor yang menyebabkan kelambatan process refinance.
1. Peminjam lambat menandatangani dokumen pinjaman bank.
Selepas menandatangani bank letter offer, hendaklah anda menadatangani perjanjian bank dengan segera bila dipanggil oleh peguam bank.
Kadang-kala ada customer yang pergi oversea, busy, outstation dan macam-macam lagi. Ini akan menyebabkan process refinance yang lambat.
2. Peminjam lambat arrange site inspection
Selepas anda menandatangani bank letter offer, bank jugak akan menghantar instruction letter kepada jurunilai bank untuk site inspect rumah yang refinance itu. Valuer akan menelefon peminjam untuk appointment. Janganlah anda melengah-lengahkan appointment dengan valuer sebab bila tiada valuation report dihantar kepada bank, ini akan melambatkan lagi process untuk bank buat disbursement.
3. Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)
MRTA adalah tidak wajib untuk dibeli oleh peminjam, tetapi untuk peminjam yang telah membeli MRTA. Pastikan juga yang MRTA tidak akan menjadi penyebab kepada kelewatan bank disbursement.
Kadang-kala MRTA memerlukan peminjam membuat medical check, jika begitu, pastikan anda membuatnya dengan segera.
Sekiranya MRTA anda adalah melalui cash payment, pastikan anda segera membayar MRTA selepas mendapat notis dari pihak insurance.
4. Rumah yang dalam process keluar geran rumah
Point yang keempat ini, mungkin ramai yang akan experience. Untuk rumah yang masih master title dan tiba-tiba pemaju tidak mahu lagi
confirmation. Ini mungkin disebabkan geran rumah individual atatu strata telah keluar.
Bila geran rumah telah keluar, tuan punya rumah hendaklah membuat process untuk mendaftarkan geran rumah ke atas nama sendiri. Selalunya, peguam pemaju akan menghantar surat kepada semua tuan rumah untuk berbuat demikian.
Bila berlaku begini, anda haruslah membuat pemindahan geran rumah dahulu sebelum process refinance rumah boleh siap.
Anda boleh sign letter offer dan bank dokumen dengan peguam bank tetapi untuk process selanjutnya, haruslah ditunggu peguam pemaju untuk menyiapkan dokumen untuk pindah milik.
Ini akan mengambil masa yang agak panjang, untuk rumah leasehold lagi lama. Anggaran mungkin dlm 5-6 bulan lagi.
Oleh itu, ramai customer yang kena begini akan mengamuk bila terjadi sebab mereka tidak faham processnya.
Sebagusnya, sebelum refinance rumah anda hendaklah menyelesaikan issue pindak milik geran rumah itu.
Bolehkah isu pindah milik geran rumah itu dibuat selepas refinance?
Tidak boleh. Kerana pemaju tidak lagi membenarkan. Selalu Ianya hanya boleh dilakukan sekiranya dibenarkan oleh pemaju. Sebab anda perlu mendapatkan confirmation letter dari pihak pemaju.
5. Rumah yang master title dan pemaju bankrup
Memang sedih bila beli rumah, individual atau strata title tak keluar lagi dan pemaju bankrup.
Banyak bank dah tak nak finance rumah macam nie. Tetapi andaikan anda dapat pinjaman perumahan dari bank, ini akan ambik masa yang lama dan timeframe tak dapat agak sebabnya kena tengok pemaju bankrup nie ada tak company baru yang taking over.
Company yang taking over nie kita panggil liquidator. Kalau ada, anda mungkin masih bernasib baik sebab masih ada party yang boleh menolong anda.
Tetapi, selalunya liquidator company akan meminta duit untuk mendapatkan dokumen lama dan tandatangan mereka. Oleh itu, anda haruslah membayar sejumlah wang, anggaran dalam RM2-3k.
Sekiranya, anda tidak mendapat dokumen dan tandatangan mereka, pihak bank tidak akan meneruskan process refinance rumah anda.
Disebabkan ini jugak, anda dinasihati untuk segerakan proses pindah milik nama bila geran dah keluar sekiranya tidak mahu menyusahkan diri di kemudian hari. Andai kata, pemaju bankrup, prosesnya agak memeningkan kepala dan anda akan menghabiskan masa yang banyak hanya untuk menyelesaikan masalah ini.
Okay, Melissa harap anda mempelajari sesuatu yang baru hari ini. Disebabkan proses refinance yang lama, adalah baiknya anda plan awal untuk mendapatkan wang refinance.
Kalau nak gunakan duit masa Hari Raya, kenalah refinance rumah sekarang. Untuk anda yang berminat refinance boleh menghubungi kami ditalian seperti dibawah.
Untuk sebarang pertanyaan, berkenaan refinance rumah, jangan segan silu untuk bercakap dengan kami di MalaysiaHousingLoan.
Hi, I'm Melissa. The co-founder of the website, cum the editor. I want to thank you for checking out our article. If you're looking to buy a new house, refinancing, applying for a home loan or looking to transfer your property, you are at the right place. We can help you. We have more than 15 years of experience in the industry. So, why not let the expert like us handle it for you? Or at least talk to us first. You can reach our consultant, Mr. David, at +6012-6946746. Hope to hear from you soon.
Leave A Comment