Kami mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang pinjaman rumah. Dari bidang Sales & Marketing ke bahagian documentation dan disbursement.Lama kerja kat bank dulu.
Semasa kami membuat online consultation, anda hanya perlu memberi maklumat seperti income dan commitment bulanan dan kami dapat memberitahu anda bank yang mana lebih sesuai untuk profile anda.
Anda tidak perlu susah susah bagi dokumen atau CCRIS/CTOS report. Tetapi maklumat anda harus 95% tepat.
Jika anda bergaji bersih antara RM3000 hingga RM4000, dan DSR anda disekitar 70%, masih ada bank yang boleh memberi pinjaman.
Tetapi, jika gaji anda dibawah RM3000, kebanyak bank akan menurunkan DSR ke 50-60% sahaja.
Dan jika anda bergaji bersih ke atas RM5000, dan DSR anda tidak melebihi 70%, maka banyak bank yang boleh menjadi pilihan anda.
Ada juga bank yang memberi sehingga DSR 80%, tetapi anda harus mempunyai gaji yang lebih tinggi.
Orang yang bergaji tetap dan bekerja lebih dari 2 tahun adalah pilihan bank.
Tetapi, untuk yang buat bisnes sendiri anda perlu memiliki dokumen yang lebih banyak seperti bisnes akaun, slip gaji, cukai pendapatan, bisnes registration dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, bisnes anda harus melebihi dua tahun ke atas dan pendapatan anda tidak diganggu dalam masa beberapa bulan ini.
Sesetengah bank kurang suka bila kita buat bisnes sendiri ataupun jenis gaji tidak tetap. Mereka akan meletakkan garis panduan yang lebih ketat.
Selain pendapatan, bank juga akan tengok geran rumah, status rumah dan lokasi rumah anda juga.
Ada bank tak suka master title, mereka lebih menyukai individual title atau strata title.
Jika rumah anda adalah leasehold, bank akan juga tengok balance lease yang tinggal. Kadang-kadang bila terlalu sedikit mereka kurang suka membiayai rumah tersebut.
Apabila anda membuat refinance rumah, market value rumah adalah sangat penting. Ada bank bagi market value rendah, dan ada yang bagi tinggi.
Ada masanya terpulang kepada banker juga. Ada banker yang rajin, dia akan cuba dapatkan market value yang tinggi dengan menelefon banyak sikit valuer.
Selepas kami study semua maklumat client, kalu akan memberi client beberapa bank yang lebih sesuai dengan profile mereka.
Permohonana harus dibuat dengan beberapa bank sekali gus. Selepas lulus, baru anda membuat perbandingan.
Thank you for checking out the article. We provide FREE online consultation to all our visitors. Suppose you need our help on topics like REFINANCING, BUYING A HOUSE, PROPERTY TRANSFER, MORTGAGE INSURANCE, LAWYER FEES, STAMP DUTY, Sale and Purchase Agreement (SPA), Memorandum of Transfer (MOT), Perfection of Transfer (POT), Perfection Of Charge (POC), and Loan quotations. In that case, we can help you with that. Just let us know by calling or WhatsApp us at +6012-6946746. ( talk to Mr. David) Your Friendly Online Mortgage Consultant, Melissa Lee.
Leave A Comment