Cara Memilih Peguam Hartanah Malaysia

Peranan peguam hartanah dalam urusan jual beli rumah amat penting.

Dalam melancarkan urusan jual beli hartanah, ada beberapa pihak yang memainkan peranan penting.

Peguam hartanah sangat penting dalam memastikan proses jual beli hartanah berjalan lancar selain daripada ejen hartanah dan bank.

peguam hartanah

Kenapa?

Peguam hartanah adalah individu yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dalam urusan pejabat tanah bagi urusan perjanjian jual beli, pertukaran hak milik, pembiayaan atau pinjaman bank, gadaian dan yang sewaktu dengannya.

Jadi, memilih Peguam hartanah yang terbaik adalah penting.

Dalam artikel TAKUT TERTIPU DENGAN PEGUAM? CARA MEMILIH PEGUAM HARTANAH YANG JUJUR DAN IKHLAS kali ini Melissa akan berkongsi tips untuk melantik dan berurusan dengan Peguam hartanah.

Siapa Perlu Melantik Peguam hartanah?

Jika anda membeli rumah, anda memerlukan seorang Peguam Hartanah untuk membuat Perjanjian Jual Beli dengan Penjual.

Dan jika anda akan meminjam bank untuk membeli rumah, anda juga memerlukan peguam untuk membuat Perjanjian Pinjaman dengan bank. Tetapi peguam tersebut perlu berada dalam senarai peguam panel bank.

Panduan Memilih Peguam Hartanah

peguam hartanah

A. Pilih Firma Guaman Yang Aktif Membuat Urusan Jual Beli Hartanah

Anda memerlukan Peguam hartanah yang aktif membuat urusan jual beli rumah kerana pengalaman seorang peguam amat penting untuk mengendali kes-kes hartanah.

Bukan semua kes hartanah adalah senang, ada kes-kes yang melibatkan pemaju yang bankrup, penjual, ejen dan orang tengah yang licik, yang akan manipulasi keadaan anda.

Oleh itu, anda memerlukan Peguam hartanah yang bijak dan berpengalaman untuk mengendalinya.

peguam hartanah

B. Pilih Firma Guaman Yang Stabil

Faktor kewangan juga amat penting untuk memilih Firma Guaman.

Firma Guaman yang besar dan stabil kewangannya adalah firma guaman yang lebih bagus.

Selalunya pecah amanah berlaku kerana kekurangan wang oleh Peguam hartanah tersebut, oleh itu mereka menggunakan duit pelanggan untuk menanggung kos operasi dan kos-kos lain firma guaman.

Jika anda ingin kes anda diuruskan tanpa masalah dan tidak pecah amanah, adalah lebih baik memilih Firma guaman yang lebih besar dan mempunyai pekerja yang ramai. Pilihlah sekurang-kurangnya Firma Guaman yang mempunyai pekerja lebih dari 10- 20 orang.

Cuba elakkan memilih Peguam hartanah yang “one man show”. Iaitu hanya seorang Peguam hartanah sahaja yang bekerja. Ini menunjukkan Peguam hartanah tersebut tidak mempunyai stability dan mungkin kes anda akan tertangguh kerana seorang sahaja yang bekerja.

Kadang-kadang Peguam hartanah yang “one man show”, akan menyuruh anda berjumpa diluar dari pejabatnya.

Seeloknya, elakkan perkara begitu. Lebih elok anda pergi melawat firma guaman tersebut dan memastikan Firma guaman yang anda pilih adalah wujud, bagus dan stabil.

memilih peguam hartanah

C. Elak Hanya Mendengar Cadangan Ejen Hartanah Atau Orang Lain

Ini adalah kesilapan yang berlaku oleh ramai pembeli. Ramai yang hanya mendengar nasihat Ejen hartanah sehingga mereka alpa untuk membuat checking sendiri.

Anda harus tahu bukan semua Firma guaman yang direkomen oleh ejen hartanah adalah bagus. Mungkin ada segelintir, tapi kebanyakkan tidak.

Kenapa?

  • Ramai ejen hartanah merekomen pembeli, Peguam hartanah yang memberi komisen yang tinggi. Oleh itu, mereka tidak kisah sekiranya Peguam hartanah tersebut bagus atau tidak.
  • Mereka juga tidak kisah sekiranya kes anda akan lambat mendapat kunci dikemudian hari disebabkan kelewatan Peguam hartanah yang direkomenkan oleh mereka.
  • Kerja ejen hartanah ialah menjual rumah dan mendapat komisen dari penjual. Mereka akan mencuci tangan selepas pembeli menandatangani Perjanjian Jual Beli.
  • Jika ada kelewatan disebabkan oleh Peguam hartanah tersebut, mereka akan menyuruh anda mengejar Peguam hartanah tersebut. Bukan mereka.

Pengajaran Melantik Peguam hartanah

Jika anda membeli rumah, cubalah mencari peguam anda sendiri. Dan sebelum melantik peguam tersebut cubalah buat back-ground check dan due-diligence Peguam hartanah tersebut.

memilih peguam hartanah

Pengalaman Mengenai Peguam hartanah

Melissa pernah menjual rumah melalui ejen rumah. Ejen rumah menyuruh pembeli melantik Peguam hartanah ejen rumah untuk membuat perjanjian jual beli.

Melissa setuju menguna Peguam hartanah yang sama. Kami sign perjanjian jual beli BUKAN di pejabat Peguam hartanah.

Selepas menunggu berbulan-bulan lamanya dan masih kes jual beli tidak selesai, Melissa pergi berjumpa Peguam hartanah.

Terkejut sungguh, bila pergi office Peguam hartanah tersebut.

Hanya satu bilik kecil. Tiada pekerja lain.

Dalam hati berbisik, patutlah lambat, tiada pekerja tetap untuk mengejar kes kami.

Sejak itu, jika ingin berjumpa dengan peguam, kami akan ke pejabat Peguam tersebut.

cara memilih peguam hartanah

D. Elak Memilih Peguam Hartanah Kerana MURAH

Apabila membuat pemilihan Peguam Hartanah, anda pasti akan membandingkan harganya.

Harga yang lagi murah, lagi bagus. Tetapi, perbandingan begitu agak berbahaya kerana anda mungkin akan terjerat kemudian hari nanti.

Bagaimana?

Peguam Hartanah yang murah kadang-kala adalah Firma guaman yang kecil dan kos operasinya yang rendah. Dan tidak ramai pekerja yang bekerja.

Firma guaman yang kecil sering kala senang tergugat dengan persaingan dengan Firma Guaman yang besar. Sering kala mereka kekurangan wang atau budget dan menyebabkan firma guaman itu tidak dapat tahan lama atau tutup.

Sekiranya, itu berlaku pada firma guaman tersebut, ini akan menyebabkan kes anda terbantut and proses jual beli rumah anda tidak dapat disempurnakan.

Firma Guaman yang kecil juga tiada ramai tenaga bekerja, maka jika ada yang cuti sakit atau mengambil cuti bersalin, kes-kes di dalam firma juga akan terganggu. Ini menyebabkan, proses menjadi lambat sebab tiada pekerja untuk take-over kes.

Realitinya, anda perlu mencari seorang Peguam Hartanah yang jujur, ikhlas, stabil dan mempunyai reputasi yang baik. Kadang-kala Peguam Hartanah sedemikian memerlukan anda membayar kos yang lebih tinggi. Seperti yang kita tahu, kebanyakkan masanya benda yang berkualiti akan lebih mahal kosnya.

cara memilih peguam hartanah

E. Melantik Peguam Bank Sebagai Peguam Hartanah

Untuk pembeli rumah, anda boleh melantik peguam bank sebagai Peguam Hartanah.

Peguam Hartanah akan menyiapkan Perjanjian jual beli dan Perjanjian Pinjaman dengan pihak bank. Ini dikira 2 in 1. Satu Peguam Hartanah untuk membuat kedua-dua perjanjian.

Pada pendapat Melissa, mengguna peguam bank adalah lebih baik daripada menggunakan peguam yang direkomenkan oleh ejen hartanah.

Kenapa?

Untuk satu firma guaman untuk menjadi panel peguam bank adalah tidak semudah yang disangka.

Sebuah firma guaman haruslah memastikan mereka mempunyai insurans yang tinggi. Insurans ini akan memastikan jika mereka disaman oleh pihak tertentu, mereka mampu untuk membayar tuntutan.

Angka untuk membeli premium insurans tersebut agak tinggi dan bukan semua firma guaman sanggup mengeluarkan wang sebegitu. Lebih-lebih lagi yang mempunyai firma guaman yang kecil.

Selain itu, pihak bank juga akan membuat CTOS Check dan background check untuk semua peguam dan pemilik firma guaman tersebut.

Mereka akan memastikan tiada kes saman, blacklist, bankrup atau mahkamah terhadap mana-mana peguam atau pemilik.

Mereka juga dikehendaki meletakkan sejumlah deposit dengan bank tersebut untuk menjadi panel peguam bank.

Oleh itu, bank akan membuat due dilligence untuk anda.

Sekiranya, firma guaman tersebut menjadi panel peguam untuk kebanyakkan bank, maka boleh dikira firma guaman tersebut amat reputasi.

cara memilih peguam hartanah

Nak Dapatkan Khidmat Peguam Hartanah Yang Ikhlas dan Jujur?

Kami di MalaysiaHousingLoan mempunyai beberapa Firma Guaman yang amat reputasi dan menjadi panel peguam bank untuk beberapa bank di Malaysia.

Mereka telah beroperasi sekurang-kurangnya 15 tahun. Mereka adalah antara firma guaman yang telah ditapis oleh kami. Kami percaya mereka jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas.

Nak dapatkan khidmat mereka boleh isi borang di bawah.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat untuk bakal pembeli rumah.

Tuan Puan juga boleh rujuk artikel Cara Beli Rumah untuk memahami proses membeli rumah dan sebagainya.

cara memilih peguam hartanah

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

#malaysiahousingloan

MALAYSIA HOUSING LOAN

Online Mortgage Consultant

Call or Whatsapp Us: 012-6946746

Visit Our Website

Subscribe Our Youtube Channel

Follow us on Facebook

Request A Free Quotation From Us Today

Quotation For

  • SALE AND PURCHASE AGREEMENT MALAYSIA

  • LOAN AGREEMENT MALAYSIA

  • TRANSFER OF PROPERTY MALAYSIA

  • TRANSFER OF PROPERTY BY LOVE AND AFFECTION MALAYSIA

  • AUCTION PROPERTY MALAYSIA

  • SELLER QUOTATION FOR SUB SALE PROPERTY MALAYSIA

Don’t worry, we will definitely get back to you!

FILL UP THE FORM TODAY

1 Step 1

We Will Get Back To You As Fast As Possible. Thank You.

keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right

***( For This Moment, The Quotation Services Only Available For Property in Kuala Lumpur , Putrajaya , Cyberjaya , Selangor , Johor , Penang, Kedah , Melaka , Negeri Sembilan , Pahang & Perak )