Hari ini ada seorang suami ingin bertanya mengenai Mortgage Level Term Assurance (MLTA).

Dia ada membeli sebuah rumah pada tahun 2016 dan mengambil pinjaman perumahan dengan salah satu bank tempatan.

Semasa membuat pinjaman perumahan, dia ada juga mengambil Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) bank.

Kebelakangan ini jiran sebelah rumah telah mengalami musibah. Suami jiran sebelah telah meninggal dunia.

Dia melihat keperitan yang terpaksa dilalui oleh isteri arwah dan anak-anak.

Peristiwa itu menyentuh dan membuka hatinya untuk mencari dan membeli Mortgage Level Term Assurance (MLTA) untuk keluarganya.

Dia ingin memberi perlindungan and mengurangkan beban kewangan isteri dan anak-anak.

MEMBUKA HATI MEMBELI MORTGAGE LEVEL TERM ASSURANCE (MLTA)

Tidak sanggup melihat isteri dan anak-anaknya melalui keperitan seperti jirannya, suami ini nekad untuk membeli perlindungan MLTA kepada keluarganya.

Dalam kehidupan ada kala perkara yang tidak dirancang atau musibah boleh terjadi tanpa disangka.

Oleh itu, sewaktu kita hidup kita harus merancang sebaik mungkin kewangan keluarga.

Lebih-lebih lagi, sejak negara mengalami pandemik. Ramai yang kehilangan ahli keluarga dengan tiba-tiba.

Ada yang kehilangan isteri, suami, anak-anak, ayah, ibu, adik-beradik, saudara mara…

Jika anda mempunyai kuasa untuk merancang kewangan keluarga, adalah lebih baik anda membuatnya sekarang.

Jangan pula menyesal nanti!

Melissa selalu bersyukur mendapat pendedahan awal dalam bidang kewangan dan insuran. Boleh kata sejak zaman bekerja lagi.

Tetapi, masih banyak lagi Melissa perlu belajar dari segi kewangan. Sebab bidang kewangan ini agak luas.

Sedikit sebanyak pengetahuan dalam bidang ini membantu Melissa dan keluarga tetapi Melissa juga berbangga dapat menjadikannya satu karier hidup.

Nasihat Melissa untuk anda semua, banyakan membaca dan pendedahan dalam bidang kewangan, sebab suka atau tidak anda kena tahu bagaimana menguruskan kewangan.

Pernah tak anda dengar, ada orang Gaji RM20k, tapi berbelanja RM20k.

Dan orang gaji RM5k, berbelanja RM1k.

Anda yang mana satu?

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MLTA, boleh hubungi kami di 012-6946746 ( Bercakap dengan Mr David)

Suka artikel ini? Anda juga mungkin akan menyukai artikel ini.

Mortgage Reducing Term Assurance ( MRTA ) Vs. Mortgage Level Term Assurance (MLTA) – Which one is better?

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

#malaysiahousingloan

MALAYSIA HOUSING LOAN

Online Mortgage Consultant

Call or Whatsapp Us: 012-6946746 (Talk to David)

Subscribe Our Youtube Channel

Follow us on Facebook

Contact Us Today!

1 Step 1
Any Questions? Leave the details here. We'll contact you shortly.
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder