Kadang-kadang ada yang keliru bila diajukan, “Berapakah kadar faedah pinjaman perumahan anda?”
Ramai yang akan jawab, “ Rasanya dalam 2.52% or 2.0 something.”
Bila kami menanyakan soalan ini, selalunya kami ingin memastikan kadar faedah yang dikenakan adalah tidak terlalu tinggi/rendah ataupun ingin memastikan samaada langkah refinance adalah sesuai untuk anda atau tidak.
Bila jawapan anda dalam golongan 2.0 something dan pinjaman perumahan adalah sudah beberapa tahun, kami dapat agak anda keliru dengan kadar faedah sebenar yang dikenakan dengan Base rate ataupun Base Financing rate.
Base rate ataupun Kadar Asas (BR) adalah satu Kadar yang akan bertukar mengikut ketetapan Bank tersebut.
KADAR FAEDAH EFEKTIF / SEBENAR
Setiap bank akan mengenakan kadar keuntungan Efektif ( ataupun kadar faedah sebenar) keatas pinjaman perumahan anda.
Contohnya, seperti berikut.
BR + 0.38% setahun
Di sini Kadar Asas (BR) pada tarikh surat tawaran adalah 2.52% setahun.
Maka, Kadar Efektif atau kadar faedah sebenar adalah 2.90%.
Jika anda adalah digolongan yang masih dikenakan kadar faedah efektif yang melebihi 4%. Mungkin anda boleh fikirkan untuk refinance rumah sekarang.
KOS REFINANCE RUMAH
Tetapi , jangan lupa untuk mengira kos-kos yang akan dikenakan semasa refinance rumah seperti berikut.
Kos peguam pinjaman.
Kos Jurunilai Bank
Anggaran untuk kedua-dua kos itu adalah 2-3% dari pinjaman perumahan baru. Jika pinjaman perumahan anda adalah kurang dari RM200,000 maka mungkin kos anda adalah diantara 3-4% dari pinjaman perumahan.
SEMAK PENALTI RUMAH
Anda juga jangan lupa menyemak samaada anda masih mempunyai penalti dengan bank yang sedia ada.
Ini kerana, ini mungkin akan menjadi Kos refinance rumah dan kadang-kadang adalah tidak berbaloi untuk refinance rumah bila anda dikenakan penalti.
Jika anda berminat untuk membuat Refinance Rumah, anda boleh hubungi kami di 012-6946746 dan bercakap dengan Perunding Khidmat Nasihat Pembiayaan, Encik David.
Suka artikel ini? Anda juga mungkin akan menyukai artikel ini.
Thank you for checking out the article. We provide FREE online consultation to all our visitors. Suppose you need our help on topics like REFINANCING, BUYING A HOUSE, PROPERTY TRANSFER, MORTGAGE INSURANCE, LAWYER FEES, STAMP DUTY, Sale and Purchase Agreement (SPA), Memorandum of Transfer (MOT), Perfection of Transfer (POT), Perfection Of Charge (POC), and Loan quotations. In that case, we can help you with that. Just let us know by calling or WhatsApp us at +6012-6946746. ( talk to Mr. David) Your Friendly Online Mortgage Consultant, Melissa Lee.
Leave A Comment