Dalam urusan jual beli rumah, biasanya deposit yang kena dibayar semasa menandatangani Perjanjian Jualbeli (SPA) ialah 10% dari harga jual.

Kalau pembeli membeli melalui ejen hartanah berdaftar, 3% haruslah dibayar terlebih dahulu semasa membuat “booking”.

Kadang-kala ejen hartanah mungkin akan menyuruh pembeli membayar 3%+GST ejensi sebagai pendahuluan.

Bagaimanapun, pembeli tidak akan dikenakan GST. Pembeli tetap hanya akan membayar baki 10% dari harga jual selepas menolak deposit 3% + GST ejensi.

Selalunya, 3% deposit yang dibayar oleh pembeli adalah komisen ejen hartanah yang akan dipegang oleh ejensi hartanah tersebut.

Sejak wujudnya GST, 3% deposit yang menjadi komisen ejen hartanah telah dikenakan GST. Oleh, itu ada segelintir ejen hartanah akan menyuruh pembeli membayar 3% + GST ejensi sebagai deposit.

GST ejensi selalunya akan ditanggung oleh pihak penjual. Dan adakalanya akan ditanggung oleh ejen hartanah terbabit.

Contoh 1:
Harga Jual : RM400,000.00
10% Deposit : RM40,000.00
Deposit Awal : RM12,000 (3%) . Semasa Booking rumah.
Baki Deposit : RM28,000 (7%) . Harus dibayar semasa menandatangani Perjanjian Jualbeli (SPA)
Contoh 2:
Harga Jual : RM400,000.00
10% Deposit : RM40,000.00
Deposit Awal : RM12,000 (3%) . Semasa Booking rumah.
GST ejensi : RM12,000 x 6% = RM720.00 (GST ejensi selalunya akan ditanggung oleh pihak penjual. Dan adakalanya akan ditanggung oleh ejen hartanah terbabit.)
Pembeli dikehendaki membayar RM12,000 + RM720 = RM12,720.00

Baki 10% Deposit : RM40,000 – RM12,720.00 = RM27,280.00. Harus dibayar semasa menandatangani Perjanjian Jualbeli (SPA)
Pembeli masih membayar 10% daripada harga jual sahaja.

* GST ejensi akan ditanggung oleh penjual atau ejen hartanah, terpulang kepada perbincangan diantara penjual dan ejen hartanah.

For more Home Loan information and enquiry,
please call/ Whatsapp us at +6012-6946746
or visit our website www.malaysiahousingloan.com

#malaysiahousingloan #housingloan #MalaysiaHomeLoan #homeloaninmalaysia #homeloan #housingloaninmalaysia

Contact Us