Pelajari cara untuk semak CCRIS dan pengaruhnya terhadap pinjaman rumah anda. Dapatkan tips dan nasihat bagaimana mengurus tunggakan hutang dan memperbaiki profil kredit anda untuk memastikan permohonan pinjaman rumah berjaya. Jangan biarkan tunggakan hutang menggangu impian rumah anda!
Apa Itu CCRIS Dan Kenapa Ia Penting?
Dalam dunia pinjaman, ada satu perkara yang sangat penting dan seringkali tidak diberi perhatian: CCRIS atau Central Credit Reference Information System.
CCRIS adalah sistem maklumat yang memantau kredit anda dan ianya dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia. CCRIS membantu bank dan institusi kewangan lain menilai kesesuaian seseorang sebagai peminjam.
Ia mengambil kira semua pinjaman anda, termasuk pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta dan sebagainya, serta aktiviti kad kredit anda.
Semua rekod ini disimpan selama 12 bulan dan boleh dilihat oleh bank dan institusi kewangan lain bila mereka menilai permohonan kredit atau pinjaman anda.
Tunggakan Hutang
Tunggakan hutang adalah salah satu faktor utama yang boleh ‘menggangu’ atau merosakkan rekod CCRIS anda.
Apabila anda gagal membayar hutang tepat pada masanya, ia akan direkodkan sebagai tunggakan dalam CCRIS.
Jika anda terus membiarkan tunggakan ini, ia akan mencacatkan rekod kredit anda dan boleh memberi kesan negatif kepada permohonan pinjaman anda di masa akan datang.
Kalau anda berniat untuk membuat pinjaman rumah, sangat penting untuk semak CCRIS anda sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
Dengan melakukan semak ini, anda akan mengetahui status kredit anda dan dapat mengelakkan sebarang ‘element surprise’ yang tidak diingini.
Misalnya, jika anda mempunyai tunggakan hutang kad kredit dan anda ingin memohon pinjaman rumah, bank akan melihat rekod CCRIS anda.
Mereka akan melihat bahawa anda telah gagal membayar hutang kad kredit anda, dan ini boleh memberi mereka gambaran bahawa anda mungkin bukan peminjam yang bertanggungjawab atau mampu membayar balik pinjaman rumah.
Jadi, jika anda mempunyai tunggakan hutang, adalah sangat penting untuk menyelesaikannya secepat mungkin.
Buat pembayaran yang diperlukan dan pastikan anda membayar semua hutang tepat pada masanya.
Dengan ini, anda akan dapat memperbaiki rekod CCRIS anda dan meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman di masa akan datang.
Kisah Seorang Klien Kami: Tunggakan Hutang Kad Kredit dalam CCRIS
Sebagai penasihat dalam bidang pinjaman rumah, saya berjumpa dengan pelbagai klien yang mempunyai pelbagai masalah.
Baru-baru ini, seorang klien datang kepada saya untuk membuat pinjaman rumah.
Apabila dia semak laporan CCRIS-nya, dia terkejut melihat ada tunggakan hutang kad kredit.
Tunggakan ini bukan sahaja kacau profile kredit dia, tetapi juga mempengaruhi peluang dia untuk mendapatkan pinjaman rumah.
Apa yang perlu dia lakukan sekarang?
Langkah-langkah Mengatasi Tunggakan Hutang Kad Kredit
Jelaskan Hutang Kad Kredit Anda
Langkah pertama adalah membayar hutang kad kredit anda. Hutang ini bukan sahaja membebankan anda secara finansial tetapi juga merosakkan profil kredit anda.
Batalkan Kad Kredit Anda
Setelah menyelesaikan hutang kad kredit anda, langkah seterusnya adalah membatalkan kad kredit ini.
Anda mungkin merasa kad ini memberikan banyak faedah, tetapi jika ia menjadi beban kepada anda dan mengganggu kemampuan anda untuk mendapatkan pinjaman, lebih baik anda membatalkannya.
Tunggu Satu Bulan
Selepas membatalkan kad kredit, anda perlu bersabar dan menunggu sekitar sebulan.
Mengapa? Ini kerana rekod tunggakan hanya akan hilang dalam laporan CCRIS anda selepas sebulan.
Jadi, anda perlu bersabar dan menunggu proses ini selesai.
Nasihat Kami: Selalu Semak CCRIS Anda
Dalam konteks pinjaman rumah, selalu kena semak CCRIS. Seperti yang disebutkan sebelum ini, semakan ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali.
Dengan melakukan ini, anda dapat mengawal profil kredit anda dan menghindari ‘element surprise’ ketika membuat pinjaman.
Terakhir, klien kami kini perlu menunggu satu bulan sebelum dia boleh membuat pinjaman baru.
Kami harap tuan rumah bersedia untuk menunggu dia.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan membantu anda dalam perjalanan anda untuk mendapatkan pinjaman rumah.
Ingatlah, selalu semak CCRIS anda dan berusahalah untuk menjaga profil kredit anda agar tetap bersih.
Leave A Comment