Kalau status rumah tu master title lebih 10 tahun, dibolehkan untuk beli atau digalakkan untuk tidak beli?

Jawapan:

Sebenarnya anda boleh membeli rumah master title lebih 10 tahun tetapi anda harus mengetahui risiko pembelian rumah tersebut.

Rumah master title lebih 10 tahun adalah rumah yang tidak mempunyai geran rumah individu ataupun strata.

Rumah yang tidak mempunyai geran individu atau strata adalah rumah yang tidak digemari oleh pihak bank untuk memberi pembiayaan pinjaman perumahan disebabkan risiko yang tinggi bagi pihak bank.

Oleh itu, kebanyakkan bank tidak memberi pembiayaan kepada rumah master title lebih 10 tahun.

Bila kebanyakkan bank tidak memberi pembiayaan maka susahlah pihak pembeli untuk membeli rumah tersebut.

Dengan itu, rumah tersebut tidak mempunyai nilai pelaburan atau value yang tinggi.

Jika anda membeli rumah tersebut tanpa menggunakan pinjaman bank sekali pun, pada masa hadapan anda mungkin menghadapi masalah sekiranya ingin menjual rumah tersebut.

Ini disebabkan, pihak pembeli yang baru akan sukar mendapat pinjaman perumahan dari pihak bank.

Tetapi, jika anda tidak ingin menjual rumah tersebut pada masa hadapan, mungkin tidak mempunyai masalah yang besar sangat.

Walaupun begitu, rumah yang masih dibawah master title juga mempunyai risiko tinggi bila pihak pemaju boleh menggadaikan semula tanah rumah tersebut kepada pihak ketiga walaupun anda sudah habis membayar pinjaman bank ataupun membeli rumah tersebut dengan cash.

Perkara ini pernah terjadi dan oleh itu pihak bank agak berhati-hati dengan rumah master title yang sudah berusia lebih 10 tahun.

Kesimpulannya, pada pendapat saya sendiri membeli rumah master title lebih 10 tahun adalah tidak digalakkan. Cuba elakkan.

Sekian.

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

#malaysiahousingloan

Online Mortgage Consultant
Call or Whatsapp Us: 012-6946746

Our Website: Www.MalaysiaHousingLoan.net

Subscribe Our Youtube Channel:
https://www.youtube.com/malaysiahousingloan

Follow us on Facebook:

https://www.facebook.com/malaysiahousingloan/

Contact Us

Have any Questions?
Fill up the contact form below. We will get back to you as fast as possible :)

To:
Quotation Will Send By Whatsapp.
Start Over