Sejak akhir-akhir ini begitu banyak perdebatan mengenai pembelian rumah dan harga rumah.

Memang semua sudah tahu bahawa harga rumah sekarang agak mahal dan mungkin tidak mampu untuk dimiliki oleh sesetengah orang.

Walaupun harga rumah agak tinggi dan bayaran bulanan rumah agak membebankan, kita tetap perlukan sebuah rumah.

Andai kata tidak dapat membelinya, apakata kita sewa?

Di sini, saya akan membincangkan kebaikan dan keburukan pembelian rumah dan menyewa rumah secara rumusan.

Andai kata, anda ingin membeli sebuah rumah. Berapakah duit yang diperlukan?

Contohnya, Maslina ingin membeli sebuah rumah berharga RM200,000. Gaji Sebulan RM3000.

Duit yang perlu disediakan ialah:

Deposit pendahuluan : 10% x Harga Rumah ( RM200,000) = RM20,000

Yuran Guaman & Duti Setem Perjanjian Jual Beli : anggaran 3-4% x harga rumah = RM8000 ( 4% max)

Jumlah Wang yang mesti ada : RM28,000

***Yuran Guaman pinjaman Bank dan Yuran Penilaian rumah boleh dipinjam bersama pinjaman rumah 90%. Anggaran dalam 2-3% dari jumlah pinjaman.

Selain kos diatas yang menjadi kemestian, apa lagi kos yang mungkin akan wujud?

Kos Pengubahsuaian dan membeli Perabot : RM15,000

Harga diatas saya hanya menunjuk kos minima, mungkin akan melebihi untuk sesetengah orang.

Katakan, Maslina tidak mempunyai masalah untuk pengeluaran wang diatas.

Maka, yang seterusnya harus dilihat sama ada Maslina layak membuat pinjaman bank.

Gaji Kasar : RM3000

Gaji Bersih : RM2600

Komitmen Bulanan:

Kredit Kad : RM3000 x 5% ( bayaran min) = RM150

Pinjaman Kereta : RM500

Bayaran bulanan pinjaman perumahan yang ingin diambil : RM635 ( untuk Pinjaman Perumahan RM186,000 @ 35 tahun)

Jumlah Komitmen : RM150+500+635 = RM1285

DSR ( Gred Kelayakan Bank) : RM1285/2600 x 100 = 49.42% ( Peratusan Ideal ialah tidak melebihi 70% )

Kebaikan Pembelian Rumah :

1) Senang hati mempunyai rumah sendiri. Tidah perlu berpindah randah, andai kata tuan rumah nak rumah balik.

2) Bayaran bulanan yang agak rendah berbanding sewa. ( untuk sesetengah rumah)

3) Habis tempoh pembayaran balik pinjaman, rumah akan menjadi kepunyaan sendiri.

4) Harga rumah akan naik, dari situ mempunyai keuntungan. Boleh refinance atau jual rumah nanti!

Keburukan Pembelian Rumah:

1) Perlu menyediakan wang yang banyak.

2) Kadang-kadang susah untuk mendapat kelulusan bank.

3) Perlu menyediakan banyak dokumen untuk membuat pinjaman.

4) Perlu melalui prosess pembelian rumah yang agak rumit.

Kadang –kadang ada baiknya untuk menyewa. Dulu saya pernah menyewa di Rawang dengan harga RM500 sebulan.

Kami sekeluarga pindah ke Rawang kerana memerlukan ruang yang lebih besar. Dari rumah flat, kami berpindah ke rumah dua tingkat.

Saya sewakan flat dengan harga RM500 sebulan, agak berpatutan kerana berdekatan LRT.

Walaupun perjalanan ke tempat kerja agak jauh tetapi memadai mempunyai ruang yang besar dan jauh dari hiruk-pikuk bandar.

Kebaikan Menyewa Rumah

1) Tidak perlu menyediakan dokumen yang banyak.

2) Proses agak senang, hanya menandatangani “ Perjanjian Sewa”

3) Hanya perlu menyediakan wang deposit 3 -4 bulan termasuk deposit api dan air.

4) Boleh terus pindah rumah andai kata tidak menyukai kawasan atau rumah tersebut.

5) Rumah rosak atau masalah penyelenggaraan boleh dituntut daripada tuan rumah.

Keburukan Menyewa Rumah

1) Untuk jangka panjang, anda akan rasa daripada bayar sewa, baik buat bayaran bulanan ke bank. Sekurang-kurangnya, ada harta dan duit untuk bersara nanti.

2) Rumah tidak boleh diubah suai sesuka hati.

3) Tuan rumah boleh membatalkan sewa bila-bila masa. Agak menyusahkan untuk pindah randah.

4) Andai kata anda berkeluarga, berpindah agak menyusahkan dan penat. Kerana banyak barang perlu dibawa.

Untuk anda yang ingin membeli rumah atau menyewa, renung-renungkanlah artikel diatas sebelum membuat keputusan.

Harap artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan.

1 Step 1
Any Questions? Leave the details here. We'll contact you shortly.
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right