Pinjaman rumah merupakan satu daripada jenis pinjaman yang biasa dipohon oleh kebanyakan individu untuk memiliki rumah sendiri. Akhir-akhir ini, topik CCRIS yang bersih (clean CCRIS) sering kali timbul dan menjadi perbualan hangat.

Betul atau tidak peminjam yang mempunyai clean CCRIS tidak boleh mendapat kelulusan? 

Jawapannya, Ya dan Tidak.

Terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum memohon pinjaman rumah, termasuklah rekod kredit yang bersih. Namun, apabila ccris seseorang terlalu bersih, ia juga boleh menjadi satu masalah apabila ingin memohon pinjaman rumah.

Jika anda memohon pinjaman dengan CCRIS yang bersih (clean CCRIS) ke bank, mungkin beberapa bank akan menolak permohonan anda, tetapi ada juga bank yang akan mengurangkan margin, dalam anggaran 70%-80% .

Kemungkinan untuk mendapatkan margin 90% adalah sangat rendah bagi orang yang mempunyai CCRIS yang bersih (clean CCRIS).

Sebelum itu, mari kita mengenal pasti apakah itu Clean CCRIS?

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang komitment dengan bank. 

Maknanya, anda tidak mempunyai pinjaman peribadi, pinjaman ASB, Kad Kredit, pinjaman perumahan dan sebagainya.

So kategori ini kita panggil Clean CCRIS.

Jika anda berhajat ataupun berimpian hendak membeli rumah yang pertama, mungkin ada bank yang agak susah hendak meluluskan pinjaman perumahan.

Tadi kami ada menerima pertanyaan daripada seorang pelanggan yang ingin membeli rumah, namun ccris beliau terlalu bersih tanpa sebarang rekod hutang. 

Kebanyakan orang beranggapan bahawa mempunyai ccris bersih akan memudahkan urusan memohon pinjaman rumah. Fakta ini mungkin betul pada zaman dahulu.

Kenapa susah hendak mendapat pinjaman apabila clean ccris?

Apabila seorang individu mempunyai ccris yang terlalu bersih, ia sebenarnya menghadapi masalah dalam memohon pinjaman rumah. 

Ini disebabkan oleh fakta bahawa ccris mereka tidak mempunyai sebarang rekod pinjaman dan tidak menunjukkan kemampuan bayaran bulanan.

Oleh itu, pihak bank akan menganggap bahawa individu tersebut tidak mempunyai rekod kredit yang mencukupi dan mempunyai risiko yang tinggi dalam memberikan pinjaman kepada mereka.

Langkah-langkah untuk mengatasi clean CCRIS?

Bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh individu yang mempunyai ccris terlalu bersih untuk meningkatkan kemungkinan mendapat pinjaman rumah. 

ASB loan dan kad kredit

Salah satunya adalah dengan mengambil ASB loan dan kad kredit. 

Tujuan mengambil kad kredit bukanlah untuk belanja, tetapi untuk mempunyai rekod kredit yang boleh dilihat oleh pihak bank dalam ccris report.

ASB loan pula boleh diambil dengan jumlah minimum installment serendah RM100 sebulan. Dengan mengambil ASB loan, individu tersebut boleh membayar ansuran pada masa yang tetap dan setiap bayaran ansuran tersebut akan direkodkan dalam ccris report mereka. 

Ini akan membantu meningkatkan rekod kredit mereka dan meningkatkan kemungkinan mereka mendapat kelulusan pinjaman rumah.

Selepas beberapa bulan, individu tersebut boleh memohon pinjaman rumah. 

Pada masa ini, pihak bank akan dapat melihat rekod pembayaran hutang mereka dalam ccris report dan mempertimbangkan rekod kredit yang telah mereka bina sebelum ini. 

Ini akan membantu membangunkan rekod kredit dan memastikan pihak bank dapat melihat kemampuan pembayaran hutang individu tersebut.

Oleh itu, kemungkinan untuk mendapat kelulusan pinjaman rumah akan lebih tinggi.

Permohonan bersama ( Joint Borrower)

Selain itu, individu tersebut juga boleh membuat permohonan bersama dengan pihak keluarga atau sahabat yang mempunyai rekod kredit yang baik. 

Dengan adanya permohonan bersama, pihak bank akan mempertimbangkan kedua-dua rekod kredit individu dan permohon bersama ketika membuat keputusan untuk memberikan pinjaman rumah.

Faktor lain yang dipertimbangkan oleh pihak bank

Selain faktor rekod kredit, terdapat beberapa faktor lain yang perlu dipertimbangkan oleh pihak bank ketika mempertimbangkan permohonan pinjaman rumah. 

Faktor-faktor ini termasuklah kemampuan pembayaran bulanan, jumlah pendapatan, kerja tetap atau tidak, dan sebagainya. 

Oleh itu, individu yang ingin memohon pinjaman rumah seharusnya memastikan mereka memenuhi syarat dan keperluan yang diperlukan oleh pihak bank sebelum membuat permohonan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, mempunyai ccris yang terlalu bersih tidak semestinya merumitkan permohonan pinjaman rumah.

Individu yang ingin memohon pinjaman rumah seharusnya mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan rekod kredit mereka, termasuk mengambil ASB loan dan kad kredit, atau membuat permohonan bersama dengan individu yang mempunyai rekod kredit, dan memastikan mereka memenuhi syarat dan keperluan pihak bank. 

Dengan mengambil tindakan ini, mereka akan meningkatkan kemungkinan untuk mendapat kelulusan pinjaman rumah dan mewujudkan impian untuk memiliki rumah sendiri.

Anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut tentang bagaimana kami dapat membantu anda mencari pilihan pinjaman rumah terbaik untuk keadaan kewangan anda.

Anda boleh menghubungi kami disini.

Whatsapp: https://wa.me/+60126946746

Sebelum anda pergi, baca artikel ini.

Berapakah kadar faedah pinjaman perumahan anda?

1 Step 1
Any Questions? Leave the details here. We'll contact you shortly.
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right