CARA MUDAH MENDAPAT KELULUSAN BANK

/, Latest News and Update/CARA MUDAH MENDAPAT KELULUSAN BANK

CARA MUDAH MENDAPAT KELULUSAN BANK

1. Gaji Yang Mencukupi
a. Sebelum membeli rumah, buat planning dulu. Kalau berhasrat tahun ini membeli rumah, cubalah tambahkan gaji bulanan atau cuba menjana pendapatan kedua dengan mencari pekerjaan sambilan.
b. Sesetengah bank telah menetapkan gaji minima untuk membuat pinjaman, seelok-eloknya gaji minima RM3500 ke atas.
c. Sebelum membeli rumah, marilah mengukur baju di badan sendiri dulu, janganlah berangan-angan hendak membeli rumah yang mahal dengan gaji yang sedikit. Belilah rumah yg setimpal dengan gaji kita.

2. Dua Pemohon Untuk Membuat Pinjaman Rumah
a. Membuat pemohonan atas nama dua orang adalah lebih mudah untuk mendapat kelulusan bank, tetapi dengan syarat kedua-dua pemohon hendaklah bekerja, mempunyai gaji tetap, gaji yang mencukupi untuk pembelian rumah bersama komitmen yang rendah dan cantik.

3. Bayar Hutang Tepat Pada Masanya
a. Andai kata, berhasrat membeli rumah tahun ini, pastikan hutang yang sedia ada dibayar setiap bulan. Jangan ada yang tersangkut 2 atau 3 bulan.
b. Kalau ada hutang yang dah tak bayar berbulan-bulan, janganlah berhasrat untuk membeli rumah dulu. Selesaikan dulu urusan tertunggak itu dan pastikan membuat pembayaran balik ke bank setiap bulan selama setahun.
c. Jika anda lewat membayar hutang, pergilah mencetak CCRIS report dulu. Kalau CCRIS report menunjukkan tanda-tanda 2 bulan keatas tidak membayar hutang. Tunggu dulu, jangan meletak deposit rumah lagi!
d. Dapatkan pendapat CCRIS report anda dari pegawai bank ataupun Home Loan Consultant sebelum membeli rumah. Jika mendapat maklum balas yang positif baru meneruskan niat membeli rumah, kalau tidak, tunggu dulu sehingga masa yang sesuai. Membuat keputusan yang terburu-buru hanya akan merugikan anda.
4. Buat Simpanan Setiap Bulan
a. Anda serius hendak membeli rumah? Kenalah mulai membuat simpanan sebabnya banyak duit yang nak keluar nanti. Seperti, yuran guaman SPA & pinjaman rumah, deposit rumah 10%-15%, kos pengubahsuai rumah, kos pindah,kos perabot dan banyak lagi kos yang mungkin tidak sangka akan timbul. Pada masa yang sama janganlah nak menukar handphone yang baru ataupun membeli kereta dulu, hanya fokus pada satu matlamat dalam satu masa.
b. Jika anda mempunyai kebiasaan menyimpan duit, ini akan membantu semasa mendapat kelulusan bank. Bank lebih suka memberi pinjaman kepada pemohon yang mempunyai ciri-ciri menabung.
c. Dan jangan lupa menabung di Amanah Saham Berhad (ASB) atau tabung haji , kerana dividen yg agak tinggi!

*Jika tips ini bermanfaat, sila LIKE, SHARE dan SAVE posting ini untuk maklumat semua.

For more Home Loan information and enquiry,
please call/ Whatsapp us at +6012-6946746
or visit our website www.malaysiahousingloan.com

#malaysiahousingloan #housingloan #MalaysiaHomeLoan #homeloaninmalaysia #homeloan #housingloaninmalaysia

Contact Us

By | 2016-11-01T10:45:57+00:00 September 15th, 2016|Home Loan Library, Latest News and Update|0 Comments

About the Author:

Hey guys, thank you for coming here and check out our website. We have been doing this housing loan loan services more than a decade and i truIy feel old already. Our website is updated frequently. You can always find us at google+ or our youtube channel http://www.youtube.com/user/malaysiahousingloan. Along the years, we helped thousands of people with their home loan. Sometimes we felt our works is worthy because we help many people to get their dream house. Please come and engage our services. We promise to guide you through and be there when you need us. Until next time, Good Luck!

Leave A Comment