TIP MEMBELI RUMAH :DOKUMEN YANG MESTI DIMINTA SEMASA MEMBELI RUMAH DARI PENJUAL

/, Frequent Ask Questions, Home Loan Library, Latest News and Update/TIP MEMBELI RUMAH :DOKUMEN YANG MESTI DIMINTA SEMASA MEMBELI RUMAH DARI PENJUAL

TIP MEMBELI RUMAH :DOKUMEN YANG MESTI DIMINTA SEMASA MEMBELI RUMAH DARI PENJUAL

Tahukah Anda?

Kalau anda membeli rumah dari ejen ataupun menerusi penjual, pastikan anda mendapat dokumen dibawah semasa memberi ejen deposit rumah.

Dokumen tersebut adalah agak penting untuk pembeli membuat pinjaman bank. Tanpa dokumen ini, proses kelulusan pinjaman perumahan boleh terbantut.

1. BOOKING RESIT EJEN
Selepas memberi deposit, pastikan anda mendapat booking resit dari ejen rumah. Jangan sesekali membayar deposit tanpa mendapat pengesahan pembayaran.

Pastikan jugak terma-terma telah dipersetujui terlebih awal.

2. PERJANJIAN JUAL BELI (SPA) YANG LAMA DARI PENJUAL ATAU GERAN RUMAH (Strata atau Individual title)

Pastikan anda memberitahu ejen terlebih dahulu yang anda memerlukan SPA lama penjual ataupun geran rumah semasa membuat deposit.

Jika ejen tidak memberikan dokumen ini semasa membuat pembayaran deposit, pastikan tarikh 14 hari ataupun 21 hari yang tertulis di booking resit adalah bermula dari tarikh mendapat dokumen SPA lama atau geran rumah dari penjual.

Tarikh 14 hari ataupun 21 hari yang tertulis di booking resit tidak harus dari tarikh anda memberi deposit atau penjual menandatangani booking resit.

Sebabnya, ada juga penjual yang memberi SPA selepas 14 hari yang menyebabkan pembeli kesuntukan masa untuk membuat pinjaman rumah.

Bonus Tip:
Jangan sesekali menandatangani Perjanjian Jual Beli sebelum mendapat kelulusan pinjaman perumahan dari pihak bank. Sebabnya, jika pembeli gagal mendapat pinjaman bank dan telah menandatangani perjanjian jual beli, maknanya hanguslah duit deposit rumah sebanyak 10% dari harga rumah dan juga duit bayaran peguam.

Contohnya,
Harga rumah RM500,000
10% deposit : RM50,000
Bayaran guaman : RM500,000 x 3% = RM15,000 (anggaran)
Maka, hanguslah RM65,000.
Rumah tak dapat dan duit dah keluar berpuluh ribu. Nangis tak berlagu jadinya…
If you think this is helpful, feel free to share it with all your friends and family on all the social media platform.

For more Home Loan information and enquiry,
please call/ Whatsapp us at +6012-6946746
or visit our website www.malaysiahousingloan.com

#malaysiahousingloan #housingloan #MalaysiaHomeLoan #homeloaninmalaysia #homeloan #housingloaninmalaysia
.

Contact Us

About the Author:

Hey guys, thank you for coming here and check out our website. We have been doing this housing loan loan services more than a decade and i truIy feel old already. Our website is updated frequently. You can always find us at google+ or our youtube channel http://www.youtube.com/user/malaysiahousingloan. Along the years, we helped thousands of people with their home loan. Sometimes we felt our works is worthy because we help many people to get their dream house. Please come and engage our services. We promise to guide you through and be there when you need us. Until next time, Good Luck!

Leave A Comment