RUMAH SELANGORKU – Rumah Mampu Milik Rakyat

/, Latest News and Update/RUMAH SELANGORKU – Rumah Mampu Milik Rakyat

RUMAH SELANGORKU – Rumah Mampu Milik Rakyat

Rumah Selangorku ini adalah Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampumilik yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini selaras dengan Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merialisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’.

Bilangan pemaju swasta untuk membina rumah mampu milik melalui Rumah Selangorku dijangka bertambah. Pada masa ini, sembilan pemaju menyertai skim itu.Pertambahan bilangan pemaju juga bermakna peningkatan unit rumah mampu milik.

Kerajaan Selangor meletak sasaran membina 35,000 unit Rumah Selangorku menjelang 2018 bagi memastikan rakyat negeri memiliki rumah sendiri. Selain itu, tiga jawatankuasa ditubuh bagi memastikan pemaju swasta tidak melengah-lengahkan kerja dan pembinaannya menepati spesifikasi. Ia ialah Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku, Jawatankuasa Teknikal Rumah Selangorku dan Jawatankuasa Pemantauan Rumah Selangorku.

1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku?
Syarat kelayakan untuk memohon rumah adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; dan
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU

2. Bagaimanakah cara untuk mendaftar bagi permohonan rumah Rumah Selangorku?
Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ atau muat turun borang permohonan di laman web LPHS. http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=others_manual

3. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan Rumah Selangorku?
Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut semasa menghantar borang permohonan:

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan;
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
Penyata KWSP (jika ada); dan
Salinan bil air atau bil elektrik.

4. Berapakah harga rumah Rumah Selangorku?
Harga rumah adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

5. Berapakah keluasan rumah Rumah Selangorku?
Keluasan rumah adalah diantara 750 kaki persegi(kp) hingga 1000 kaki persegi(kp) bergantung kepada jenis rumah.

6. Dimanakah lokasi rumah yang boleh dipohon Rumah Selangorku?
Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my
http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=project_list

rumah selangor ku 1

rumah selangorku 2

 

rumah selangor ku 3

 

rumah selangor ku 4

rumah selangor ku 5

 

7. Jenis-Jenis Rumah Selangorku

RUMAH SELANGORKU

Jenis A – RM42K 700kps
Jenis B – RM100K 750kps
Jenis C – RM150K 800kps
Jenis C – RM180K 900kps
Jenis C – RM200K 18′ X 60′
Jenis D – RM220K 1000kps
Jenis D – RM250K 20′ X 60′
**Jenis teres yg 18X60 & 20X60 Khas untuk warganegara Malaysia dan tidak mempunyai rumah di negeri selangor.

Source: http://lphs.selangor.gov.my

rumah selangor

For more Home Loan information and enquiry, please call/ whatsapp us at 012-6946746 or visit our website www.malaysiahousingloan.com

For Latest News, don’t forget to check out our Facebook page.

Contact Us

By | 2016-11-01T10:45:57+00:00 June 29th, 2016|Home Loan Library, Latest News and Update|1 Comment

About the Author:

Hey guys, thank you for coming here and check out our website. We have been doing this housing loan loan services more than a decade and i truIy feel old already. Our website is updated frequently. You can always find us at google+ or our youtube channel http://www.youtube.com/user/malaysiahousingloan. Along the years, we helped thousands of people with their home loan. Sometimes we felt our works is worthy because we help many people to get their dream house. Please come and engage our services. We promise to guide you through and be there when you need us. Until next time, Good Luck!

One Comment

  1. June August 28, 2017 at 4:13 pm - Reply

    Hi, Mr David,

    MY Brother intends to buy a property under rumah selangorku project. He is 49 years old bachelor. He will apply loan from MBSB if his application is approved. He will apply loan alone but intends to include my name in S&P as he want to give it to me after his death. I am married and owned property with loan installment. Can he do that. Or under rumah selangorku project, the name in loan agreement n S&P angreement must be the same person. Please advise me .

Leave A Comment