Banyak hutang? Apa kata Refinance Rumah? 12 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Refinance Rumah

/, Latest News and Update, Refinancing Your Mortgage/Banyak hutang? Apa kata Refinance Rumah? 12 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Refinance Rumah

Banyak hutang? Apa kata Refinance Rumah? 12 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Refinance Rumah

Seakan sudah menjadi lumrah manusia sekarang yang berbelanja lebih dari kemampuan. Gaji sebulan RM3000 tapi berbelanja sehingga RM5000 sebulan. Macamana boleh jadi begitu?

Tentunya, ada yang menggunakan Personal Loan ataupun Kad Kredit dahulu, apabila Personal loan dan Kad Kredit dah guna sampai maksimum baru kalut mencari duit untuk bayar balik.

Kami di Malaysiahousingloan tidak menggalakkan pelanggan memaksimakan kedudukan kewangan, tetapi andai kata anda memerlukan jalan keluar untuk mengurangkan pembayaran balik bulanan, mungkin bolehlah menggunakan cara refinance rumah ini.

Hakikatnya, ramai memilih Refinance Rumah untuk mendapatkan tunai. Tapi macamana nak buat?

1. Memiliki Rumah
Nama pun refinance Rumah, kalau takde rumah macamana nak refinance rumah, betul tak? Seeloknya rumah tu nama anda atau kalau nama mak ayah pun takpe, masih boleh buat joint loan.

2. Research Harga Pasaran Rumah
Macamana nak research? Senang je… Cuba google alamat rumah dan taip ” for sale”, mungkin akan ada search yang keluar. Contoh, kalau nama condo ialah Pelangi Condo, taip je “Pelangi Condo for sale”, akan keluar search berapa harga rumah sekarang. Dari harga rumah tu, bolehlah agak-agak sikit.

Ataupun, kalau nampak banner agen rumah disekitar rumah, bolehlah tanya agent berapa harga rumah dikawasan anda. Agent rumah yang selalu beroperasi dikawasan rumah anda mungkin akan tahu.

Kenapa nak check value rumah, Melissa?
Check value rumah sebab just nak pastikan harga value lagi tinggi dari jumlah hutang bank. Kalau sebaliknya, no point untuk buat refinance rumah.

3. Cetak CCRIS Report
Sebelum nak buat pinjaman apa-apa pun, pastikan CCRIS Report dah cetak. CCRIS report nie akan tunjuk semua hutang-piutang dengan semua bank.

Bila anda buat pinjaman dengan bank baru untuk refinance rumah, bank baru nie akan menganalisis latar belakang kewangan anda. Dia akan tengok gaji dan komitmen dalam CCRIS. Mereka akan memastikan yang anda layak untuk membuat pinjaman.

Lagi satu dia akan tengok jugak, bulan-bulan bayaran cantik tak? ada sangkut bayar tak? Kalau yang ada sangkut bayar lebih dari 2 bulan tu, selalunya susah sikit nak dapat kelulusan. Oleh itu, Melissa nasihatkan kalau anda rasa macam akan susah “bernafas”pada bulan-bulan akan datang, baik buat dulu refinance rumah. Jangan tunggu dah sangkut baru apply, macam tu susah nak lepas.

4. Check Kelayakkan Untuk Dapat Loan
Bahagian nie, memang ramai yang tak pandai kira sendiri. Seelok-eloknya suruhlah banker ataupun Mortgage Consultant macam Melissa atau David nie untuk kira. Selalunya David yang kira, bab-bab nie dia memang pandai ^.^

Bila dah kira, baru tahu berapa boleh pinjam dan juga akan tahu dapat cash tunai berapa. Lepas tu bolehlah kira boleh tak bayar hutang yang sedia ada.

5. Permohonan Pinjaman Perumahan
Bila dah buat step 1-4, barulah boleh memohon pinjaman refinance rumah dengan bank. Selalunya seminggu dah boleh tahu keputusannya, tapi kalau bank nak dokumen lebih untuk support mungkin akan ambik masa yang lama lagi.

Pada tahap nie, anda bolehlah apply terus dengan bank ataupun guna khidmat MalaysiaHousingLoan. Kami akan tolong menganalisis bank letter offer. Kat Letter offer tu banyak benda yang perlu berhati-hati, so Melissa/David akan terangkan lebih lanjut dan juga membuat perbandingan offer mana yg paling best.

Kalau dah approve, barulah semua confirm. Tapi perlu ingat proses penuh refinance rumah, mungkin akan mengambil masa diantara 3 hingga 6 bulan. Tanah Leasehold yang dah ada geran akan mengambil masa yang lama. Freehold selalunya ambik masa 3-4 bulan.

6. MRTA vs MLTA
MRTA dan MLTA adalah insurance yang memberi perlindungan terhadap peminjam. Ingat! bukan perlindungan keatas rumah. MRTA dan MLTA nie selalunya optional. Tapi, ada jugak bank yg wajibkan MRTA ini. Kadang-kadang kalau beli MRTA, interest rate boleh murah sikit. MLTA pulak selalunya perlindungan insurance yang dibeli diluar. MLTA agak mahal dari MRTA tapi coverage MLTA adalah lebih bagus dari MRTA.

* Kalau nak tahu lebih lanjut pasal MRTA atau MLTA, bolehlah consult kami sebab kami ada menjual product ini. Perlindungan takaful MRTT atau MLTT pun ada.

7. Jenis-jenis Produk Pinjaman Perumahan
Produk pinjaman perumahan nie memang banyak. Pada awalnya, pastikan anda tahu samaada memerlukan Islamic atau conventional loan.

Lepas tu, baru tengok nak flexi loan, semi-flexi loan atau term loan. Semuanya berbeza. Setiap jenis produk pinjaman perumahan ini, akan ada feesnya. Oleh itu, tanya banker tu yang mana ada fees bulanan dan yang mana takde.

Selalunya orang yang buat bisness memang gemar full flexi, sebabnya dia banyak duit keluar masuk. Setiap kali duit yg masuk boleh menjimatkan interest. Tetapi, full flexi ada fee bulanan RM10. Ada yang tak suka, sebab setahun dah RM120.

Untuk Semi-Flexi, selalunya yang bekerja macam kita nie. Nak jimat interest tapi taklah selalu keluar masuk duit. So, Semi-flexi mungkin lebih sesuai sb bank cuma charge fee bila keluarkan duit, feesnya dari RM25-50, tengok bank mana.

Term loan nie ramai yag tak suka.Sebab takde kelebihan untuk keluarkan duit yang dibayar lebih ke bank.

8. Lock-in Period Kena Ambik Tahu
Selalunya setiap bank loan offer ada lock-in period. Yang paling biasa bank akan lock dalam masa 3 tahun. Tapi ada jugak case yang lock sampai 5 tahun. Kalau dapat No lock-in lagi best.

Lock-in period nie leceh bila nak jual rumah ataupun refinance balik. Kalau buat masa lock-in period, nanti kena bayar penalty dalam 3% dari loan amount. Kadang-kadang jumlahnya agak besar dan tidak berbaloi.

9. Tandatangan Bank Offer Letter
Kalau semua dah faham dan rasa boleh terima syarat-syarat bank, turukanlah tandatangan anda secepat mungkin. Sebab proces untuk siap process refinance nie agak panjang. Mungkin dalan 3-6 bulan. Lagi lambat anda sign, lagi lambat dapat duit.

10. Sign Dengan Bank Lawyer
Bila offer letter dah sign. Banker akan suruh bank lawyer untuk start buat loan dokumen. Bila dah siap, bank lawyer akan suruh anda datang untuk sign. Dokumen tu semua tebal-tebal, selalunya memang standard je… Kalau ada yang tak puas hati, bank takkan tukar pun. Anda kena ikut syarat mereka kalau nak meminjam.

Lepas tu, lawyer akan selesaikan proses refinance. Tapi, setiap bulan follow up dengan bank lawyer tu. Jangan tunggu je…

11. Bank Valuer akan datang Site Visit
Jangan terkejut kalau ada bank valuer yang call cakap nak tengok rumah. Mereka nie Jurunilai yang telah disuruh bank untuk datang. Jurunilai dia akan datang tengok rumah, ambik gambar rumah dan sekeliling. Selalunya 10-15 minit je… Lepas tu, dia akan hantar report kat bank untuk memastikan harga value rumah.

Jangan terkejut kalau value jatuh. Kadang-kadang sebab bagi informasi salah boleh jadi begini. Contohnya, kalau customer bagitahu banker rumah ada renovate. Jurunilai pergi, takde pun renovate. Kalau macam tu mesti value jatuh.

Bila value jatuh, loan kena buat balik. Sebab loan amount akan jatuh jugak. Oleh itu, Melissa nasihatkan sebaik-baiknya jujurlah dengan banker tu. Supaya tak susah nanti.

12. Dapat Duit Tunai Refinance
Bila refinance rumah, bank baru akan settle dulu bank lama. Bila dah settle, agak-agak 1-1.5 bulan baru dapat balance tunai. Kena tengok berapa cepat bank lama keluarkan dokumen lama.

So, bila dah dapat duit refinance, janganlah belanja benda yang tak sepatutnya. Ingat sebab anda refinance dulu. Kalau sebab nak settle hutang-piutang, then settle ler hutang tu. Jangan duit refinance tu digunakan pergi melancong pulak!

Harap-harap tips yang Melissa kongsi disini dapat membantu sedikit sebanyak mereka yang nak refinance.

Good Luck semua!

Penafian:
Kaedah di atas hanyalah pendapat peribadi penulis semata-mata. Ianya tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat perundangan rasmi. Pembaca diminta mendapatkan nasihat perundangan rasmi daripada peguam masing masing. Dan rujukan perlu dibuat kepada dokumentasi yang berkaitan untuk setiap kes tersebut.

Justeru penulis tidak boleh disabitkan dengan sebarang tanggungjawab dan liabiliti dan tidak akan menanggung apa apa kesan yang dialami oleh mana-mana pihak atas pandangan yang diberikan di batas.

Kalau rasa artikel ini agak berguna untuk anda, Jom LIKE, KOMEN dan SHARE pada kawan-kawan dan keluarga di internet.

We work with lots of bankers, and we can find you the best home loan deal for your scenario.

Pssst… Our services are FREE!

We post weekly video or articles on Youtube or Facebook. Follow us around. Don’t forget to LIKE and SHARE.

Youtube channel : https://www.youtube.com/user/malaysiahousingloan
Call or whatsapp : +6012-6946746
Visit our website : www.malaysiahousingloan.com

About the Author:

Hey guys,

thank you for coming here and check out our website.
We have been doing this housing loan loan services more than a decade and i truIy feel old already.
Our website is updated frequently. You can always find us at google+ or our youtube channel http://www.youtube.com/user/malaysiahousingloan.

Along the years, we helped thousands of people with their home loan. Sometimes we felt our works is worthy because we help many people to get their dream house.

Please come and engage our services. We promise to guide you through and be there when you need us.

Until next time, Good Luck!

Leave A Comment