APAKAH TINDAKAN YANG ANDA BOLEH AMBIL JIKA PEMAJU INGKAR TERHADAP PERINTAH TRIBUNAL PEMBELI RUMAH

//APAKAH TINDAKAN YANG ANDA BOLEH AMBIL JIKA PEMAJU INGKAR TERHADAP PERINTAH TRIBUNAL PEMBELI RUMAH

APAKAH TINDAKAN YANG ANDA BOLEH AMBIL JIKA PEMAJU INGKAR TERHADAP PERINTAH TRIBUNAL PEMBELI RUMAH

Anda dah failkan tindakan terhadap pemaju di Tribunal Pembeli Rumah.

Dan Tribunal pun telah buat keputusan berpihak kepada anda.

Tetapi masalahnya pemaju tak patuh kepada perintah/ keputusan yang telah dibuat oleh Tribunal.
Apakah tindakan yang patut anda lakukan?

Ada 2 tindakan yang anda boleh lakukan :

1. Prosiding Mahkamah
I. Failkan prosiding komital terhadap pemaju. Jika mahkamah berpuas hati yang pemaju ingkar terhadap award Tribunal, mahkamah akan memerintahkan agar lembaga pengarah, pengurusan syarikat, dan sesiapa yang terlibat secara langsung dengan urusan jual beli projek perumahan tersebut bagi pihak pemaju, ditangkap dan seterusnya dipenjarakan sehinggalah mereka menjelaskan keseluruhan award Tribunal tersebut kepada anda.

II. Failkan prosiding penggulungan (winding up proceeding) terhadap pemaju. Jika mahkamah berpuas hati, syarikat pemaju akan digulungkan. Dan seterusnya anda boleh failkan bukti hutang (proof of debt) kepada Jabatan Insolvensi untuk menuntut segala tunggakan award tersebut daripada aset pemaju.

2. Laporan kepada KPKT
I. KPKT boleh senarai hitamkan syarikat pemaju tersebut dan ahli lembaga pengarahnya. Bukan itu sahaja, lesen pemajuan perumahan syarikat pemaju tersebut akan dibatalkan dan digantung. Lesen pemajuan perumahan untuk projek perumahan mereka yang akan datang pula tidak akan diluluskan sehinggalah mereka menyelesaikan segala tunggakan award/ perintah tribunal tersebut.

II. KPKT boleh mendakwa syarikat pemaju, ahli lembaga pengarah syarikat, pengurusan syarikat dan mereka yang terlibat secara lansung dengan projek perumahan tersebut bagi pihak pemaju atas kesalahan jenayah di bawah peruntukan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan).
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda atau dipenjara atau kedua-duanya sekali.
Untuk membolehkan KPKT mengambil tindakan jenayah terhadap pemaju seperti di atas, anda hendaklah membuat laporan polis terlebih dahulu terhadap pemaju dan ahli lembaga pengarah nya dan individu-individu yang terlibat secara lansung dengan projek perumahan tersebut.
Cuma berdasarkan pengalaman saya, memandangkan implikasi yang besar yang bakal dihadapi oleh pihak pemaju sekiranya mereka gagal mematuhi perintah/ award yang dikeluarkan oleh Tribunal, kebanyakan pemaju akan cuba sedaya upaya melaksanakan/ menjelaskan award yang telah diperintahkan oleh Tribunal.

Dikongsi oleh SALKUKHAIRI ABD SUKOR

 

We work with lots of bankers, and we can find you the best home loan deal for your scenario.

Pssst… Our services are FREE!

We post weekly video on Youtube and Facebook. Follow us around. Don’t forget to LIKE and SHARE.

Youtube channel : https://www.youtube.com/user/malaysiahousingloan
Call or whatsapp : +6012-6946746
Visit our website : www.malaysiahousingloan.com

For more Home Loan information and enquiry, please call/ Whatsapp us at +6012-6946746

By | 2017-04-17T15:16:59+00:00 April 17th, 2017|Latest News and Update|0 Comments

About the Author:

Hey guys,

thank you for coming here and check out our website.
We have been doing this housing loan loan services more than a decade and i truIy feel old already.
Our website is updated frequently. You can always find us at google+ or our youtube channel http://www.youtube.com/user/malaysiahousingloan.

Along the years, we helped thousands of people with their home loan. Sometimes we felt our works is worthy because we help many people to get their dream house.

Please come and engage our services. We promise to guide you through and be there when you need us.

Until next time, Good Luck!

Leave A Comment