19 panduan penting miliki hartanah mengelak tertipu

/, Latest News and Update/19 panduan penting miliki hartanah mengelak tertipu

19 panduan penting miliki hartanah mengelak tertipu

Golongan muda sekarang sangat teruja untuk memiliki hartanah. Namun dewasa ini, semua pihak perlu lebih banyak berhati-hati.

Penipuan wujud di mana-mana sahaja. Mereka me­nunggu orang yang kurang ilmu untuk dijerat. Pelbagai jenis penipuan melalui hartanah telah dilaporkan. Ini sangat menggusarkan, apatah lagi seolah-olah tiada tindakan pihak berkuasa.

Saya kongsikan panduan membeli rumah kepada golongan baru berjinak-jinak hendak memiliki hartanah:

1. Jika beli rumah subsale, berurusanlah de­ngan agensi dan ‘REN’ yang berdaftar dengan LPPEH.

Jika anda kenal dengan pemilik rumah, berurusan secara terus dengan mereka. Jangan buat sebarang bayaran deposit kepada orang yang memperkenalkan.

2. Jangan sesekali me­lakukan sebarang bayaran secara tunai seperti tempahan, deposit dan urusan yang berkaitan walaupun anda mendapat resit. Resit boleh direka dan anda harus tahu akaun siapa anda bayar.

3. Lantik peguam sendiri untuk uruskan Perjanjian Jual dan Beli. Anda ja­ngan gunakan peguam yang sama dengan penjual semata-mata untuk hendak menjimatkan kos.

4. Lawat sendiri ke atas rumah yang mahu dibeli. Jangan percaya buta-buta dengan agen. Rumah berhantu tidak mengapa tetapi bayangkan jika rumah itu tidak wujud. Hantu cari pun tidak jumpa.

5. Keluarkan sedikit mo­dal buat carian di Pejabat Tanah untuk kesan tuan empunya rumah atau ada sebarang sekatan (kaveat) ke atas hartanah tersebut.

6. Jika membeli dengan pemaju yang tidak dikenali, selidik terlebih dahulu status pemaju tersebut dengan KPKT. Kebarangkalian mereka adalah disenaraihitamkan, projek tidak banyak, syarikat tidak berdaftar dan sebagainya.

7. Jika tidak jumpa di KPKT, selidik syarikat itu di SSM. Anda mungkin jumpa syarikat tersebut yang sebenarnya mereka bukan pemaju. Jenis perniagaan mereka mungkin jual madu, pemasaran internet, malah ada syarikat yang buat perkhidmatan pembersihan yang mendakwa mereka sebagai pemaju. Ini sangat tidak logik apabila syarikat mereka hanya pemilikan tunggal dan ada juga apabila mendaftar Syarikat Sdn. Bhd. yang modal berbayar cuma RM2 tetapi temberang buat projek berjuta-juta.

8. Buat penyelidikan di Google berkenaan syarikat dan projek tersebut. Jangan lihat laman web mereka sahaja kerana di situ semua baik-baik belaka.

9. Rujuk kepada me­reka yang sudah berpengalaman dalam membeli rumah. Malu bertanya, sesat jalan.

10. Dapatkan maklumat sama ada status sesuatu hartanah itu masih master title atau individual title @ strata title. Jika masih master title anda harus le­bih berhati-hati contoh­nya hartanah yang sudah ber­usia lebih 10 tahun, ia masih lagi di bawah master title. Bank tidak memberikan pembiayaan untuk kes ini. Status pemaju seperti bankrap juga akan membantutkan urusan anda.

11. Cari ilmu mengenai hartanah. Ilmu ini memang tidak diajar di peringkat sekolah dan universiti. Ada kelas yang percuma, ada kelas yang dikenakan sedikit yuran, ada yang mahal tetapi padat de­ngan ilmu, analisis, carian, sokongan dan rangkaian. Ada juga yang sangat mahal yurannya tetapi itu bukan yuran belajar sebaliknya ia adalah yuran kurang bijak.

12. Bagi yang rajin membaca, digalakkan membeli buku-buku berkaitan hartanah. Bagi yang tidak rajin membaca, tontonlah video-video yang dikongsi. Walaupun anda tidak dapat serap ilmu semua, sekurang-kurangnya dua atau tiga ilmu pun sudah cukup berbaloi.

13. Jangan cepat terpesona dengan promosi. Asal murah cepat-cepat anda hendak beli.

14. Mahu membeli tanah lot, pastikannya ada geran individu. Anda hendak beli harga yang murah tetapi rupa-rupanya geran kongsi. Nanti kongsi-kongsilah masalah sama-sama. Geran kongsi itu tidaklah teruk tetapi mereka yang menipu dengan ambil kesempatan dalam situasi ini.

15. Rumah mampu milik, anda perlu berhati-hati. Terdapat ramai pihak yang cuba ambil kesempatan atas kesempitan dan keperluan orang ramai waktu sekarang.

Ini berikutan ketidakmampuan orang memiliki hartanah. Mereka menawarkan harga yang sangat murah sehingga tidak masuk akal bagi mengaburi mata anda.

16. Jangan kelam kabut hendak membeli rumah. Anda tidak berdosa pun menyewa dahulu. Anda kumpul duit dan ilmu, apabila tiba masa sesuai, anda pergi beli. Biar lambat asalkan tidak tertipu, nanti jadi lagi lambat.

17. Jangan beli rumah ikut sedap hati asalkan Debt Service Ratio (DSR) lepas. Contoh gaji bersih RM3,000, maka anda boleh hutang sehingga 75 peratus DSR dan anda pula ambil sampai maksimum had.

Akhirnya gaji bersih anda hanya tinggal RM750. Rumah cantik, tetapi jika baki gaji bersih cuma mampu bayar bill api, air, astro dan wifi. Apa hendak makan?

18. Fahami terlebih dahulu tujuan beli rumah, adakah untuk duduk sendiri? Anda dapatkan aliran tunai atau kenaikan harga (capital appreciation) dahulu. Lain tujuan, lain caranya.

19. Jangan beli sebab tengok orang lain beli. Ukur kemampuan diri anda sendiri.

Sumber: Utusan Online

For more information about how you can secure a home loan, contact us today, so we can help you follow the right path towards owning your home.

If you think this is helpful, feel free to share it with all your friends and family on all the social media platform.

For more Home Loan information and inquiry, please call/ Whatsapp us at +6012-6946746
or visit our website www.malaysiahousingloan.com

#malaysiahousingloan #housingloan #MalaysiaHomeLoan #homeloaninmalaysia #homeloan #housingloaninmalaysia

By | 2017-08-01T17:58:16+00:00 August 1st, 2017|Buying A Home, Latest News and Update|0 Comments

About the Author:

Hey guys, thank you for coming here and check out our website. We have been doing this housing loan loan services more than a decade and i truIy feel old already. Our website is updated frequently. You can always find us at google+ or our youtube channel http://www.youtube.com/user/malaysiahousingloan. Along the years, we helped thousands of people with their home loan. Sometimes we felt our works is worthy because we help many people to get their dream house. Please come and engage our services. We promise to guide you through and be there when you need us. Until next time, Good Luck!

Leave A Comment